Friday, July 1, 2011

Zuriat dan Keguguran

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
Kebelakangan ni ramai antara kawan2 ku yang keguguran. Ada yang usia kandungan telah mencecah 21 minggu, terpaksa melahirkan. Sedih sekali bila terpaksa melahirkan secara normal tetapi tidak dapat membesarkan. Dan ada juga yang usia kandungan baru berusia 3 bulan terpaksa melakukan proses dnc. Aku turut menumpang sedih kerana telah beberapa kali melalui pengalaman perit sebegitu. Aku banyak kali bertanya pada doktor apa punca keguguran bagi kandungan 3 bulan ke bawah. Entah lah... jawapan yang aku dapat cuma katanya kalau kandungan bawah 3 bulan keguguran biasanya berpunca dari janin itu sendiri, seperti ada kecacatan. Saja je nak tanya sebab perkara ni banyak kali berlaku pada aku. Tapi bagi aku apa saja yang berlaku ada sebab dan hikmah. Hanya Allah yang tahu. Ketentuan Allah mengatasi segala-galanya. Dan pada encik2 suami... berilah sokongan dan bersabarlah pada isteri yang mengalami masalah begini kerana kesedihannya seperti tak tertanggung.


Kalau sudah usaha jaga kandungan sebaik mungkin, selebihnya serahkan pada Allah. Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah... sudah kah kita tunaikan perkara ini iaitu...... USAHA DAN DOA... Seterusnya barulah kita bertawakkal kepadaNya. Sekiranya sudah usaha, sudah berdoa, tawakkal lah pada Allah... selebihnya pasrah dan redha atas ketentuanNya. Ramai juga antara sahabat2 yang masih belum dikurniakan zuriat walau sudah bertahun mendirikan rumah tangga. Nasihat ku, bersabar lah dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Bagi aku... aku bersyukur tak terhingga kerana 8 tahun yang penuh penantian... kini telah dianugerahkan satu nikmat yang bagi aku bukan saja nikmat dunia tetapi sampai ke akhirat.... Memang lumrah manusia, tak pernah cukup.. sekarang ni aku masih berusaha untuk mendapatkan adik untuk fr. Peristiwa keguguran tahun lepas tidak pernah menjatuhkan semangat ku walaupun masa proses dnc dilakukan dinding rahim terluka hingga bleeding 600ml. So kepada kawan2 yang tengah berusaha tu, jangan putus asa ya.. kerana perancangan Allah terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang berlaku, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.

Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita hajati itu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Ada hikmah yang kita tidak nampak kerana Allah maha mengetahui. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah.
Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...