Thursday, July 14, 2011

BANYAK BERPUASA DALAM BULAN SYA'BAN

 ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
Alhamdulillah... syukur pada Yang Maha Kuasa kerana kita sempat berjumpa dengan bulan Syaaban yang menandakan tidak lama lagi kita akan menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu RAMADHAN.... Insyaallah semoga Allah panjangkan umur kita dengan kurniaan kesihatan yang baik sehingga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.

Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan;


“Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MEMASUKI RAMADHAN

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah:
 
- Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
- Mengulangkaji ilmu tentang puasa
- Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
- Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...