ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم
"Harta yang paling bernilai bagi anda adalah keluarga tersayang"
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana harta mereka rebutkan
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana harta mereka rebutkan
Alhamdulillah.. semalam aku ke seminar bertajuk "seminar kearah kesedaran wasiat... kemana hartamu selepas mati". Rupa-rupanya penting wasiat ni. Walaupun tak banyak harta tetapi dengan harta atau wang yang sedikit boleh membawa kepada amal jariah yang berterusan selepas mati. Contohnya seperti bagi yang ada insurans atau simpanan walaupun sedikit boleh mewasiatkan sebahagian harta atau wang simpanan kepada badan kebajikan atau masjid. Sudah tentu boleh mewasiatkan untuk dilangsaikan segala hutang. Kita boleh mewasiatkan 1/3 daripada harta kepada bukan pewaris, disini lah terbukanya peluang untuk membuat amal kebajikan. Lagi 2/3 hendaklah diikut hukum faraid. Banyak masalah akan timbul sekiranya tiada wasiat dibuat. Kesian kan kat waris kita kalau ini berlaku.
Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya, hutangnya atau amal ibadahnya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris. Oleh itu sebaik-baik wasiat adalah yang ditulis dan disaksikan oleh seseorang tertentu.
DALIL TENTANG WASIAT
Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.
Dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman:
"...Tetapi sekiranya kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu..." (QS. Surah An-Nisa': 12)
Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya”.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

CIRI-CIRI WASIAT ISLAM
Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:
1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.
2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.
3. Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.
4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.
5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.
6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.
7. Harta yang diwasiatkan adalah harta milik sendiri secara tunai dan bukan harta milik orang lain.
8. Jika yang diwasiatkan adalah dari harta perkongsian samada perniagaan atau seumpamanya, maka hendaklah dikepilkan bersama surat perakuan dari rakan kongsi yang menyatakan sah wujudnya dan benarnya sebagaimana yang ditulis dalam wasiat.
9. Wasiat yang ditulis hendaklah tidak membebankan penerima wasiat. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa' ayat 12:

sumber dan info lanjut
No comments:
Post a Comment