ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
Pernah kah anda murung, rasa diri malang, tertekan dengan tekanan hidup dan macam-macam lagi.. Secara jujur nya perkara tu biasa aku lalui, dah dinamakan manusia. Kadang-kadang rasa emo yang tak tentu pasal sedangkan segalanya berjalan lancar, kadang-kadang tak tahu punca kemarahan, kesedihan dan kemurungan. Ini adalah normal tetapi akan menjadi abnormal apabila keadaan itu berlarutan tanpa kesudahan. Bila dalam keadaan ini mohonlah bantuan dari Yang Maha Kuasa dan dapatkanlah rawatan. Jangan dibiarkan keadaan ini berlarutan kerana ini akan menjuruskan kepada perkara yang tidak baik sekiranya tidak ditangani dan dihadapi dengan betul seperti berita ini "bahaya murung".
Kalau kita fikir hidup kita malang, cuba fikirkan keadaan orang lain yang lebih susah kehidupannya. Belajarlah menghargai apa yang kita ada. Kalau kita rasa diri tak disayangi, cuba fikirkan kasih sayang agung dari Yang Maha Kuasa.. itulah sebenarnya cinta sejati. Kalau rasa keseorangan, fikirkan Allah sentiasa bersama kita, tidak pernah sedetik pun Dia meninggalkan kita, sedangkan kita yang selalu melupakan Dia. Mengadulah padaNya tentang apa saja dan sesungguhnya Dia maha mendengar. Aku bukanlah ustazah yang arif cuma inilah apa yang aku lakukan ketika melalui saat-saat begini. Alhamdulillah amat berkesan pada ku. Hanya Dia yang tahu segala-galanya. Tidak perlu aku menjaja cerita tentang kesedihan dan perasaan kerana tidak akan mendatangkan apa-apa hasil. Cuma bagi anda yang perlukan tempat untuk meluahkan perasaan, carilah saluran yang betul. Aku suka baca entri ni "Appreciate what you have" semoga entri ini boleh meningkatkan serba sedikit semangat anda...
No comments:
Post a Comment