Saturday, July 30, 2011

Hutang Puasa Ibubapa - Waris hanya perlu bayar fidyah?

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم

 
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
 
“Sesiapa mati dan tertanggung atas dirinya qada puasa bulan Ramadhan, maka hendaklah di berimakan bagi pihaknya seorang miskin bagi setiap hari (yang ditinggalkannya)” – Riwayat Imam Tirmidzi dari Ibnu Umar r.a

Menurut Profesor Madya Dr. Anisah Abdul Ghani, Pensyarah Fiqh dan Usul, Jabatan Syariah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), memberi makan (fidyah) merupaka satu cara menggantikan puasa Ramadhan yang tertinggal disebabkan keuzuran yang diterima oleh syarak atau tidak. Sekiranya seseorang itu mati sebelum sempat menggantikan puasanya, hukumnya tertakluk pada perincian di bawah:
 
1. Jika sebelum kematiannya ia tidak berkesempatan langsung atau tidak berkemampuan sepanjang hayatnya menggantikan puasa yang tertinggal, kerana ditimpa sakit yang berterusan atau keuzuran lain, maka tidak berdosa dan gugurlah tuntutan ganti itu daripadanya kerana kegagalan mengganti itu bukanlah dari kelalaiannya.... 
 
oleh Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman
klik sini untuk bacaan selanjutnya 

Friday, July 29, 2011

JUMAAT.... PENGHULU SEGALA HARI

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم

Wahai saudaraku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah....

Dan jangan lupa harini merupakan penghulu segala hari.... Solat Jumaat dan Solat Fardhu jangan lupa... tapi jangan hari jumaat sahaja ye.. solat fardhu kena hari-hari!!

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

"Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."


Wednesday, July 27, 2011

Pujian yang melampau

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم


Pernah dapat pujian? Mesti pernah kan. Cuma ada yang ikhlas dan ada yang tak berapa nak ikhlas. Secara jujurnya aku pun pernah. Tapi tak pasti pujian yang diterima tu ikhlas ke tak sebab aku tak pandai nak baca hati manusia. Rata-rata semua insan didunia ni suka dipuji cuma penerimaan sahaja berlainan. Jika kuat imannya, dikembalikan pujian itu kepada Allah s.w.t.

Bagi kita seorang muslim, nilaikan sesuatu pujian itu. Ini adalah kerana, kadang-kadang dibimbangi  akan timbul sifat riak. Riak adalah sfat mazmumah. Pada dasarnya seseorang bersifat riak akan menampakkan dirinya kepada orang lain agar orang lain mengetahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya dan amalnya sehingga mengenepikan keikhlasan sepatutnya diiringi bersama. Sayidina Ali bin Abi Talib berkata yang bermaksud: "orang bersifat riak itu mempunyai beberapa tanda: malas apabila bersendirian tetapi rajin apabila berada di kalangan orang ramai, menambahkan amal kebaikan apabila dipuji tetapi mengurangkannya apabila tiada dipeduli."

Jadi bagi kita yang hendak memuji pula, pujilah kepada perkara yang elok-elok sahaja. Bukan memuji suara sedap menyanyi dan lain-lain perkara yang maksiat.




sumber: Generasi Al-Quran Kreatif (telaga biru)

Tuesday, July 26, 2011

NAK HANTAR BONDA TERCINTA PERGI HAJI

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم



Teringin nya nak pergi ke Mekah untuk menunaikan rukun islam ke-5, teringin nak solat kat masjid nabawi dan banyak lagi. Tetapi lebih besar keinginan ku untuk hantar bonda tersayang pergi dulu untuk menunaikan ibadah haji. Arwah abah dah tinggalkan harta yang paling berharga iaitu "aku" untuk mak. Jadi aku rasa merupakan tanggungjawap aku untuk hantar mak ke Mekah. Tapi apakan daya buat masa ni kewangan belum mengizinkan. Nak pergi Umrah pun dah mahal apalagi Haji. 

So untuk mencapai hasrat aku, aku tak boleh mengharapkan gaji sebagai gov staff semata-mata. Maklumlah gaji sebagai gov servant, kumpulan sokongan je pulak tu mana nak cukup. Lebih-lebih lagi duduk kat bandar-bandar besar ni. Semuanya naik.. bil letrik pun tetiba je dah naik.. Tak palah.. insyaallah kalau niat kita baik, Allah pasti tolong. Itu yang aku pegang selama ni. Aku takkan duduk diam dan tunggu RM yang datang sendiri, aku kena kuat kan usaha. Alhamdulillah perniagaan kecil-kecilan yang aku mulakan dah makin menampakkan hasil. Semoga berterusan begitu. Dan doa ku semoga Allah kabulkan hajat aku ni.. amin.

Friday, July 22, 2011

WASIAT? KEMANA HARTAMU SELEPAS MATI??

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم

"Harta yang paling bernilai bagi anda adalah keluarga tersayang"

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana harta mereka rebutkan

Alhamdulillah.. semalam aku ke seminar bertajuk "seminar kearah kesedaran wasiat... kemana hartamu selepas mati". Rupa-rupanya penting wasiat ni. Walaupun tak banyak harta tetapi dengan harta atau wang yang sedikit boleh membawa kepada amal jariah yang berterusan selepas mati. Contohnya seperti bagi yang ada insurans atau simpanan walaupun sedikit boleh mewasiatkan sebahagian harta atau wang simpanan kepada badan kebajikan atau masjid. Sudah tentu boleh mewasiatkan untuk dilangsaikan segala hutang. Kita boleh mewasiatkan 1/3 daripada harta kepada bukan pewaris, disini lah terbukanya peluang untuk membuat amal kebajikan. Lagi 2/3 hendaklah diikut hukum faraid. Banyak masalah akan timbul sekiranya tiada wasiat dibuat.  Kesian kan kat waris kita kalau ini berlaku.

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh ‎seseorang mengenai hartanya, hutangnya atau amal ibadahnya untuk diuruskan selepas ‎berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada ‎fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris. Oleh ‎itu sebaik-baik wasiat adalah yang ditulis dan disaksikan oleh seseorang tertentu.‎

DALIL TENTANG WASIAT‎

Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, ‎Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.‎

Dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman:




"...Tetapi sekiranya kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu ‎perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu ‎wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu..." ‎‎(QS. Surah An-Nisa': 12)‎

Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Seseorang Muslim yang ‎mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-‎turut melainkan dia menulis wasiat disisinya”.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

CIRI-CIRI WASIAT ISLAM

Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:‎

‎1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada ‎harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.‎

‎2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka ‎simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.‎

‎3. Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut ‎adalah terbatal.‎

‎4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian ‎pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.‎

‎5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan ‎pembayaran hutang simati.‎

‎6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas ‎kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.‎

‎7. Harta yang diwasiatkan adalah harta milik sendiri secara tunai dan bukan harta milik ‎orang lain.‎

‎8. Jika yang diwasiatkan adalah dari harta perkongsian samada perniagaan atau ‎seumpamanya, maka hendaklah dikepilkan bersama surat perakuan dari rakan kongsi ‎yang menyatakan sah wujudnya dan benarnya sebagaimana yang ditulis dalam wasiat.‎

9. Wasiat yang ditulis hendaklah tidak membebankan penerima wasiat. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa' ayat 12:



sumber dan info lanjut‎

Wednesday, July 20, 2011

NAK AJAR BABY FARIS MEMBACA

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم
 
Ha. Harini aku beli ebook rahsia baby pandai membaca. Baru nak mulakan petang ni. Hopefully berjaya mengajar fr membaca sebelum umurnya mencecah 2 tahun. Alhamdulillah, huruf2 Al-quran dah banyak yang dia tahu. Tak sia-sia aku jadi cikgu tak rasminya selain bantuan dari dvd, dan bahan2 untuk tampal kat dinding. Dinding rumah pun dah jadi buku tulis nya. Hahaha.. tak pelah janji dia berminat dengan pen/pensil. Tapi yang menjadi kesukaan adalah pensil warna. Hahahihihoho.... dinding rumah ku dah jadi warna pelangi... tak pe, aku suka.


Untuk pengetahuan, kajian menunjukkan bahawa masa yang paling sesuai untuk mengajar apa sahaja kepada kanak-kanak ialah semasa kanak-kanak berusia bawah 3 tahun. Ini selari dengan perkembangan kematangan otak kanak-kanak yang dikaitkan dengan perkembangan pembelajaran mereka. Oleh itu aku kena cepat agar fr tidak ketinggalan. kalau tak pandai baca pada umur 2 tahun, dapat mengenal huruf  alifbata, abc dan 123 sudah memadai bagi aku sebagai permulaan. Tapi wawasan kena jauh ke depan. Moga-moga cita-cita ku tercapai. 

Jom kita tengok tahap perkembangan otak kanak-kanak:-

25% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu lahir
50% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu usia 6 bulan
85% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu usia 3 tahun
 
Oleh sebab otak kanak-kanak berkembang pesat sewaktu usia 3 tahun ke bawah, sewajarnyalah kanak-kanak ini diberi pendedahan seawal mungkin kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu.

Sepanjang proses pembelajaran ini, apa sahaja yang diterima akanmenjadi pembelajaran dan pengalaman yang kekal kepada kanak-kanak. Sebab itulah mereka mampu menguasai kemahiran membaca ini sekiranya diajar dalam tempoh itu dengan kaedah-kaedah yang sesuai dan efektif.
 
Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa itu, ini akan memberi kesan terbaik untuk menjana kepintaran mereka. Jadi kita sebagai Ibu bapa perlulah mengambil peluang keemasan ini untuk melihat hasil yang optimum bagi anak masing-masing. Yang penting kita tidak mudah berputus asa dan jangan malas nak ajar. Berjaya atau tidak, berdoa dan tawakkal pada Allah.

Tuesday, July 19, 2011

KEBAIKAN AYAT QURSI

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم


Anda hafal ayat Qursi? Kalau hafal, Alhamdulillah. kalau tak, cubalah untuk menghafalnya kerana banyak fadhilatnya.  Alhamdulillah aku hafal dari sekolah rendah lagi. Terimakasih pada abang saudara sebelah rumah yang telah mengajarnya. Asalnya memang aku tak tau pun kebaikan ayat ni. Aku terbuka hati nak belajar ayat ini apabila rasa takut yang amat sangat ketika pulang mengaji, bulu roma meremang ketika lalu di sebuah pokok besar di waktu malam. Sampai lah sekarang aku sentiasa mengamalkan ayat ini. Alhamdulillah..  tiap-tiap malam aku bacakan fr ayat Qursi mudah-mudahan akan menjadi amalannya kelak.

Oleh itu jom kita teroka fadhilat lain ayat Qursi mengikut hadis:-


* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

"Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

"Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

"Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan."

"Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

"Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."

"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkannya hati orang yang bersyukur, perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

"Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah S.A.W bersabda :
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT."

Monday, July 18, 2011

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم




Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ? Jom kita ubah penampilan kita agar sejajar dengan tuntutan agama. Jika tidak rugi sahaja kita memakai tudung tetapi, pahalanya tak dapat tapi dosa yang dapat. Oleh itu kita lihat diantara kesalahan-kesalahan yang biasa kita lihat.


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."(an-Nur: 31)

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa sahaja yang dipakai untuk berhias dan untuk mencantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merahdi pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah,adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikhuwatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

JOM KLIK SINI UNTUK BANYAK LAGI INFO UNTUK KITA MUHASABAH DIRI


Friday, July 15, 2011

Ambiga dan IFC

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم

Sana sini cerita pasal bersih. Secara jujur aku bukan penyokong mana2 parti politik. Aku tak minat pasal ni. Aku lebih berminat nak cerita pasal SIAPAKAH AMBIGA dan IFC. Aku bukannya anti orang bukan islam, malah bos aku dan ramai rakan-rakan dan pegawai di pejabat aku berbangsa india dan china, pergaulan kami amat baik. Bukan nak cerita pasal bangsa kat sini tapi nak cerita serba sedikit pasal IFC. Pasti ramai yang dah tau tapi tak mustahil ada tak yang tak tau apa itu IFC? Mungkin ramai yang tidak tahu atau taknak ambil tahu. Jawapannya Ambiga adalah "bertanggungjawab membela kes murtad Lina Joy, pendukung kuat IFC, menyokong kuat konsep pluralisme dan pernah menawarkan khidmat PERCUMA untuk umat islam yang murtad sekiranya kes mereka dibawa ke mahkamah". Pluralisme merupakan perjuangan yang menuntut kesamarataan beragama,dalam masa yang sama menggugat Islam agama rasmi negara. Dengan harapan untuk membawa perjuangan IFC ini ke peringkat antarabangsa, Ambiga Sreenevasan melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme.

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)?

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC adalah untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Nak tahu apa kah tuntutan ORANG BUKAN ISLAM melalui IFC?  Nah ni dia.. ce baca sat...
  1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
  4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
  7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Ancaman Utama IFC terhadap Islam

  1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
  2. Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
  3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
  4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
  5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.
Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.


Oleh itu, kita sebagai umat islam dan hidup di bumi Malaysia yang aman dan makmur ni, kena teguhkan iman, diri sendiri dan didik anak-anak supaya tidak mudah terpesong kerana bagi aku IFC ni hanya salah 1 daripada agenda kafir untuk menjatuhkan agama kita. Banyak lagi selain daripada IFC ni. Baik kita teguhkan iman dan cuba perbetulkan diri sendiri daripada melakukan perkara yang tidak mendatangkan hasil dan luangkan masa untuk teguh kan aqidah bagi bekalan hidup di bumi globalisasi ini supaya agama kita tidak mudah di pijak oleh orang seperti Ambiga ini. Yang penting, jaga iman, jaga solat dan jangan asyik nak salahkan sesuatu pihak kerana kejayaan kita di dunia dan akhirat terletak di tangan kita sendiri. Ce fikir sat apa akan jadi pada anak cucu kita sekiranya tuntutan IFC ni berjaya. Pinjam ayat Nabil sat "LU PIKIR LA SENDIRI"




Thursday, July 14, 2011

BANYAK BERPUASA DALAM BULAN SYA'BAN

 ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
Alhamdulillah... syukur pada Yang Maha Kuasa kerana kita sempat berjumpa dengan bulan Syaaban yang menandakan tidak lama lagi kita akan menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu RAMADHAN.... Insyaallah semoga Allah panjangkan umur kita dengan kurniaan kesihatan yang baik sehingga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.

Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan;


“Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MEMASUKI RAMADHAN

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah:
 
- Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
- Mengulangkaji ilmu tentang puasa
- Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
- Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.

 

Wednesday, July 13, 2011

Pesta Bunga datang lagi

  ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ

Wow Floria Putrajaya datang lagi yang terletak di presint 2, bermula 9 - 17 Julai. Teringat lagi last aku kesana masa fr dalam perut iaitu 2 tahun lepas. Tahun ni aku takkan lepaskan peluang untuk menjenguk keindahannya lagi. Aduh penatnya, lebih2 lagi bawa fr. Pukul 10.00 pagi rombongan che kiah (hehe kakak ku tersayang dari BTHO le.. sapa lagi) sampai, terus gerak ke Presint 2. Ha? baru pukul 10 pagi parking dah penuh ni. Oleh kerana dah sampai tunggu la jugak mudah-mudahan ada yang keluar. Tunggu punya tunggu, ada la kereta yang keluar. Fuh selamat. Bagi aku dan kakak2 yang suka bunga terhibur la juga walaupun berpanas-panasan. Tapi fr yang nampak bosan, asyik nak berdukung aje, kalau di shopping compleks tak mau di dukung pulak. Nasib baik ada kakak sepupunya yang sudi melayan. Selamat mamanya. Yang paling best tengok orkid yang bermacam-macam warna dan species. Ada tempat permainan anak-anak, ada taman-taman bunga yang indah dan kalau pergi waktu malam, dapat tengok 1Malaysia International Tourism Night Floral Parade.. yang ni aku tak pergi sebab siang dah giler penat, malas dah nak pergi waktu malam. Selain itu, ada gubahan dari participant merata dunia dan pelamin serta pintu gerbang yang indah dari bunga-bungaan. Sampai rumah pun dah pukul 3 lebih. Jom tengok pic bunga-bungaan yang sempat aku ambil.












asyik nak dukung aje
nasib baik ada cik farah ni













sakan kakak2 ku
macam zirafah pun ada





















fr muka dah ketat
sian kuda ni



hasil rekaan dari korea kalau tak silap
pelamin angan ku tak musnah











ni memang feveret dia ni
layankan aje la cik farah ya


 


Melaka State Government Float



Tuesday, July 12, 2011

Kemurungan? Stress? Sedih?

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ

Pernah kah anda murung, rasa diri malang, tertekan dengan tekanan hidup dan macam-macam lagi.. Secara jujur nya perkara tu biasa aku lalui, dah dinamakan manusia. Kadang-kadang rasa emo yang tak tentu pasal sedangkan segalanya berjalan lancar, kadang-kadang tak tahu punca kemarahan, kesedihan dan kemurungan. Ini adalah normal tetapi akan menjadi abnormal apabila keadaan itu berlarutan tanpa kesudahan. Bila dalam keadaan ini mohonlah bantuan dari Yang Maha Kuasa dan dapatkanlah rawatan. Jangan dibiarkan keadaan ini berlarutan kerana ini akan menjuruskan kepada perkara yang tidak baik sekiranya tidak ditangani dan dihadapi dengan betul seperti berita ini  "bahaya murung".  

Kalau kita fikir hidup kita malang, cuba fikirkan keadaan orang lain yang lebih susah kehidupannya. Belajarlah menghargai apa yang kita ada. Kalau kita rasa diri tak disayangi, cuba fikirkan kasih sayang agung dari Yang Maha Kuasa.. itulah sebenarnya cinta sejati. Kalau rasa keseorangan, fikirkan Allah sentiasa bersama kita, tidak pernah sedetik pun Dia meninggalkan kita, sedangkan kita yang selalu melupakan Dia. Mengadulah padaNya tentang apa saja dan sesungguhnya Dia maha mendengar. Aku bukanlah ustazah yang arif cuma inilah apa yang aku lakukan ketika melalui saat-saat begini. Alhamdulillah amat berkesan pada ku. Hanya Dia yang tahu segala-galanya. Tidak perlu aku menjaja cerita tentang kesedihan dan perasaan kerana tidak akan mendatangkan apa-apa hasil. Cuma bagi anda yang perlukan tempat untuk meluahkan perasaan, carilah saluran yang betul. Aku suka baca entri ni "Appreciate what you have" semoga entri ini boleh meningkatkan serba sedikit semangat anda...

Monday, July 11, 2011

Kari Sotong??? Ermm yummy...

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ

Puasa? Puasa ganti? Aku yang puasa ganti harini ... itulah orang lain semua dah habis puasa ganti, aku ni dah nak masuk Ramadhan baru nak buat. Hepp.. tak tau ke puasa pada bulan syaaban ni besar pahalanya hihi ....

Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa [Imam an Nasaie di dalam as-Sunan al-Kubra: 2642, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan di dalam Sahih an-Nasaie]

Masa puasa ni lah aku biasanya tercari2 resepi yang nak di masak untuk berbuka. Boleh caya ke aku balik keje ni nak masak. Selak punya selak... wahaha bukan selak kain la der... selak majalah mingguan wanita. Jumpa lah resepi Kari Sotong. Biasanya kalau sotong aku akan buat sambal atau paling malas, masak kunyit je. Kali ni.. ha leh la try kari sotong pulak.. gerenti sedap!!! Bagi sesiapa yang tak tau resepi meh ler aku syer kat sini..  Mula-mula kena ada sotong.. (hehe... kalau udang dah jadi kari udang)

Bahan-bahan:
1/2 kilogram sotong
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar cili kering yang diblend
1/2 sudu besar serbuk kunyit 
1/2 sudu besar asam jawa 
1/2 sudu besar jintan manis 
1/2 sudu besar halba 
4 tangkai cili hijau
2 batang serai di titik
3 cawan air 
2 biji tomato 
terung & bendi sesuka hati

Cara Membuat:
1. Tumis serbuk kari, cili, kunyit, jintan manis, halba, dan serai sampai naik bau
2. Kemudian masukkan air asam jawa dan air
3. Setelah mendidih masukkan sotong, terung, bendi dan tomato dan cili hijau


Tadaaa...... dah siap kari sotong ku.. Jom cuba... 

Friday, July 8, 2011

Kisah si Tukang Cukur

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
Seorang lelaki datang ke kedai tukang cukur untuk memotong rambut dan merapikan janggutnya. Si tukang cukur mulai memotong rambut si lelaki dan mulalah perbualan yang hangat.

 
Mereka membicarakan banyak hal dan berbagai variasi topik perbualan, dan sesaat topik perbualan beralih tentang TUHAN.

Si tukang cukur: "Saya tidak percaya kalau TUHAN itu ada"

Si lelaki: “Kenapa kamu berkata begitu ?”

Si Tukang Cukur: “Begini, cuba kamu perhatikan di depan sana, di jalanan…. untuk memberitahu bahawa TUHAN itu tidak ada”. “Katakan kepadaku, jika TUHAN itu ada. Adakah yang sakit? Adakah anak-anak terlantar? Adakah yang hidupnya susah?” “Jika TUHAN ada, tidak akan ada sakit ataupun kesusahan”.
“Saya tidak dapat membayangkan TUHAN Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi”.
 
Si lelaki diam untuk berpikir sejenak, tetapi tidak memberikan apa-apa respon tentang apa yang dikatakan oleh si tukang cukur tadi, karena dia tidak ingin terlibat dalam pertikaman lidah.

Si tukang cukur menyelesaikan pekerjaannya dan si lelaki pergi meninggalkan kedai si tukang cukur.

Beberapa saat setelah dia meninggalkan ruangan itu dia melihat ada orang di jalan dengan rambut yang panjang, berombak kasar, kotor dengan jambang yang tidak pernah dicukur. Orang itu terlihat kotor dan tidak terawat.

Si lelaki balik ke tempat tukang cukur tadi dan berkata :
“Kamu tahu, sebenarnya di dunia ini TIDAK ADA TUKANG CUKUR..!”
Si tukang cukur tidak terima lantas bertanya : ”Kenapa bilang begitu?”.
“Saya tukang cukur dan saya ada di sini. Dan baru sahaja saya mencukurmu!”
“Tidak!” elak si lelaki.

“Tukang cukur itu TIDAK ADA! Sebab jika tukang cukur itu ada, tidak akan ada orang dengan rambut panjang yang kotor dan berjambang seperti orang yang di luar sana“, si lelaki menambah.
“Ah tidak, tapi tukang cukur itu tetap ada!”, sanggah si tukang cukur.

“Apa yang kamu lihat itu adalah SALAH MEREKA SENDIRI, kenapa mereka tidak datang kepada saya untuk mencukur dan merapikan rambutnya?”, jawab si tukang cukur membela diri.

“BETUL, SAYA SETUJU..!” kata si lelaki.
“Itulah point utamanya!.. Sama dengan TUHAN.
“Maksud kamu bagaimana?”, tanya si tukang cukur tidak mengerti.

Sebenarnya TUHAN ITU ADA ! Tapi apa yang terjadi sekarang ini.?
Mengapa orang-orang TIDAK MAU DATANG kepada-NYA, dan TIDAK MAU mencari-NYA..?
Oleh karena itu banyak yang sakit dan tertimpa kesusahan di dunia ini.”

Si tukang cukur terdiam !!!! Dalam hati dia berkata : “Benar juga apa kata dia..kenapa aku tidak mau datang kepada TUHANKU, untuk beribadah dan berdoa, memohon agar dihindarkan dari segala kesusahan dalam hidup ini..?” 

Sumber: .lailahaillallah.com

Thursday, July 7, 2011

Petua mengatasi anak degil

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ

Harini nak share dengan kawan-kawan info yang aku dapat dari yahoo groups... iaitu petua untuk mengatasi anak degil... tak dengar kata.. dan semua yang sewaktu dengan nya lah. Selain berdoa dan berusaha cara lain, jom kita cuba cara ni juga, tak salah kalau kita mencuba.. jadi atau tidak, serah kan aje pada yang Maha Kuasa.

Semasa anak sudah tidur, duduk di hujung kepala dan panggil ROH ANAK.... 
jangan lupa mulai dengan bismillah serta salawat

"Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia" 

Respon dari org yang sudah mencuba sungguh menakjubkan setakat ni alhamdulillah kebanyakannya menjadi. Contoh kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah atau tak kuat meragam... just try and see.

  Jadi, sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan ilmu ini kepada saudara seagama kita. Wallahualam....


Monday, July 4, 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
"sekadar ingatan untuk diri sendiri dan renungan untuk yang sudi"
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Dzulhijjah 10 H
di Lembah Uranah, Gunung Arafah



"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU".

Friday, July 1, 2011

Zuriat dan Keguguran

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
Kebelakangan ni ramai antara kawan2 ku yang keguguran. Ada yang usia kandungan telah mencecah 21 minggu, terpaksa melahirkan. Sedih sekali bila terpaksa melahirkan secara normal tetapi tidak dapat membesarkan. Dan ada juga yang usia kandungan baru berusia 3 bulan terpaksa melakukan proses dnc. Aku turut menumpang sedih kerana telah beberapa kali melalui pengalaman perit sebegitu. Aku banyak kali bertanya pada doktor apa punca keguguran bagi kandungan 3 bulan ke bawah. Entah lah... jawapan yang aku dapat cuma katanya kalau kandungan bawah 3 bulan keguguran biasanya berpunca dari janin itu sendiri, seperti ada kecacatan. Saja je nak tanya sebab perkara ni banyak kali berlaku pada aku. Tapi bagi aku apa saja yang berlaku ada sebab dan hikmah. Hanya Allah yang tahu. Ketentuan Allah mengatasi segala-galanya. Dan pada encik2 suami... berilah sokongan dan bersabarlah pada isteri yang mengalami masalah begini kerana kesedihannya seperti tak tertanggung.


Kalau sudah usaha jaga kandungan sebaik mungkin, selebihnya serahkan pada Allah. Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah... sudah kah kita tunaikan perkara ini iaitu...... USAHA DAN DOA... Seterusnya barulah kita bertawakkal kepadaNya. Sekiranya sudah usaha, sudah berdoa, tawakkal lah pada Allah... selebihnya pasrah dan redha atas ketentuanNya. Ramai juga antara sahabat2 yang masih belum dikurniakan zuriat walau sudah bertahun mendirikan rumah tangga. Nasihat ku, bersabar lah dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Bagi aku... aku bersyukur tak terhingga kerana 8 tahun yang penuh penantian... kini telah dianugerahkan satu nikmat yang bagi aku bukan saja nikmat dunia tetapi sampai ke akhirat.... Memang lumrah manusia, tak pernah cukup.. sekarang ni aku masih berusaha untuk mendapatkan adik untuk fr. Peristiwa keguguran tahun lepas tidak pernah menjatuhkan semangat ku walaupun masa proses dnc dilakukan dinding rahim terluka hingga bleeding 600ml. So kepada kawan2 yang tengah berusaha tu, jangan putus asa ya.. kerana perancangan Allah terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang berlaku, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.

Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita hajati itu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Ada hikmah yang kita tidak nampak kerana Allah maha mengetahui. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah.
Wallahua’lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...