Wednesday, May 18, 2016

Assalamualaikum. Lama dah ku tinggalkan blog ni bersawang dah.. perjalanan hidup berliku2. Akhirnya singgah lagi disini.. alhamdulillah masih dikurniakan umur yg panjang. Alhamdulillah.. faris rahimi satu2 nya amanah dari Allah sebagai penawar hati yg sunyi kini dah hampir 7 tahun.

Awal tahun 2016 berjaya daftarkan dia ke sek ren islam abim di sg ramal kajang. Ermm sekolah yg berprestasi bagus tetapi mama ambil keputusan untuk pindahkan faris sekolah. Agak2 nya sebab apa ya.. 1 je sebab iaitu abim tak fokus pada al quran. Biarlah faris kenal al quran dulu, akademik kemudian. Biarlah al quran ada di dadanya dahulu sebelum perkara2 lain meresap ke dalam hatinya.

Awal mei 2016 mula lah perjalanan baru buat mama dan faris rahimi. Daftar kan faris di full tahfiz STAM di bangi tetapi pembelajaran di madrasah at taqwa di jalan reko, kajang. Pagi hantar, petang lepas asar ambil. Actually kelas sampai lepas isya' tapi takpa lah.. kesian baru umur 7 tahun masih perlu main2 waktu petang.

Alhamdulillah perkembangan yang baik.
Cuma besar harapan mama.. agar faris berjaya menjadi seorang huffaz yg berakhlaq pada suatu hari nanti. Bila ditanya besar nanti nak kerja apa.. haha bomba jawapnya.. tapi kena pandai al quran dulu katanya..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...