ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم
Ha. Harini aku beli ebook rahsia baby pandai membaca. Baru nak mulakan petang ni. Hopefully berjaya mengajar fr membaca sebelum umurnya mencecah 2 tahun. Alhamdulillah, huruf2 Al-quran dah banyak yang dia tahu. Tak sia-sia aku jadi cikgu tak rasminya selain bantuan dari dvd, dan bahan2 untuk tampal kat dinding. Dinding rumah pun dah jadi buku tulis nya. Hahaha.. tak pelah janji dia berminat dengan pen/pensil. Tapi yang menjadi kesukaan adalah pensil warna. Hahahihihoho.... dinding rumah ku dah jadi warna pelangi... tak pe, aku suka.
Untuk pengetahuan, kajian menunjukkan bahawa masa yang paling sesuai untuk mengajar apa sahaja kepada kanak-kanak ialah semasa kanak-kanak berusia bawah 3 tahun. Ini selari dengan perkembangan kematangan otak kanak-kanak yang dikaitkan dengan perkembangan pembelajaran mereka. Oleh itu aku kena cepat agar fr tidak ketinggalan. kalau tak pandai baca pada umur 2 tahun, dapat mengenal huruf alifbata, abc dan 123 sudah memadai bagi aku sebagai permulaan. Tapi wawasan kena jauh ke depan. Moga-moga cita-cita ku tercapai.
Jom kita tengok tahap perkembangan otak kanak-kanak:-
25% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu lahir
50% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu usia 6 bulan
85% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu usia 3 tahun
50% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu usia 6 bulan
85% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu usia 3 tahun
Oleh sebab otak kanak-kanak berkembang pesat sewaktu usia 3 tahun ke bawah, sewajarnyalah kanak-kanak ini diberi pendedahan seawal mungkin kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu.
Sepanjang proses pembelajaran ini, apa sahaja yang diterima akanmenjadi pembelajaran dan pengalaman yang kekal kepada kanak-kanak. Sebab itulah mereka mampu menguasai kemahiran membaca ini sekiranya diajar dalam tempoh itu dengan kaedah-kaedah yang sesuai dan efektif.
Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa itu, ini akan memberi kesan terbaik untuk menjana kepintaran mereka. Jadi kita sebagai Ibu bapa perlulah mengambil peluang keemasan ini untuk melihat hasil yang optimum bagi anak masing-masing. Yang penting kita tidak mudah berputus asa dan jangan malas nak ajar. Berjaya atau tidak, berdoa dan tawakkal pada Allah.
No comments:
Post a Comment