Tuesday, December 6, 2011

SIAPA ADA PETUA AGAR ANAK MAHU MAKAN?

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم

Macamana nak buat ye. Faris tak mahu makan. Dah macam-macam cara aku cuba dan dah macam-macam makanan yang aku masak dan beli tapi fr tak mahu juga makan. Kalau makan pun hanya sesuap dua. Stress dan risau aku jadinya. Beratnya pun amat tak memuaskan. Tak macam kanak-kanak seusianya. Pakar pemakanan pun aku dah rujuk tapi tak berjaya. Appeton lysin pun dah berbotol-botol tapi fr masih macam tu juga. 

Aku tak tau ada ke petua-petua orang tua yang boleh digunakan untuk membuka selera makannya. Dah puas google tapi tak jumpa pun petua. Bukannya apa risau pembesaran nya terbantut sebab tak cukup nutrient. Nanti badan kecil, kat sekolah kena buli, tolak sikit dah jatuh hehe. Tak makan tapi aktifnya bukan main. Bola jadi kegemarannya. Sepak bola pun dah terhuyung hayang. Kalau ada kawan-kawan yang terbaca dan ada petua-petua yang bagus, mohon share ya. Terimakasih.

Wednesday, November 16, 2011

HADIAH DARI ALLAH!!!

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم
Alhamdulillah.... pejam celik besar dah anak aku. Dah bujang dah pun. Hehe bujang ke... dah sunat kira bujang lah tu. Walaupun umurnya baru nak masuk 2 tahun pada 30 Disember 2011 ni, aku rasa banyak yang dia dah belajar. Belajar merangkak, berjalan, berlari, bercakap, abc, 123, alifbata dan banyak lagi tak gitu?

Yang paling membanggakan aku ialah walaupun dia tak pandai membaca lagi seperti ada setengah kanak2 seusianya tapi dia dah pandai alifbata. Bukan sahaja hafal dari alif sampai ya, tapi dah kenal semua huruf. Maka sasaran aku buat masa ini telah tercapai. Satu dua tiga dan one two three pun dah hafal dan kenal. Begitu juga ABC, tak sia-sia vcd-vcd dan poster2 yang aku tampal di dinding. Kalau setakat tampal je tapi tak ajar tak bererti juga. Apa yang buat aku terharu sangat ialah fr yang tarik jari telunjuk aku minta di ajar. Dulu rumah dah macam taska, sekarang ni dah macam tadika la pulak. Warna-warna dalam bahasa inggeris pun dia dah kenal.. sorry bukan aku taknak ajar dalam bahasa malaysia tapi bagi aku, bahasa malaysia dia akan selalu dengar sebab percakapan aku seharian adalah bahasa malaysia. Bukan setakat warna tapi bentuk seperti box, triangle, dan segala jenis bentuk pun dia kenal. Yang ini aku tak sempat ajar tapi babytv yang ajar hehe. Aku rasa tak salah kalau kita pergunakan teknologi moden yang ada ni sebaik mungkin kan?

Diantara vcd favourite


Baru beberapa hari aku beli vcd animasi belajar solat. Mudah-mudahan semua bacaan dalam solat dapat dihafalnya sebaik sahaja dia pandai bertutur dengan betul. Insyaallah. Hanya satu impian aku agar fr menjadi anak yang berguna bukan saja di dunia malah di akhirat juga. Terimakasih Ya Allah kerana menghadiahkan aku insan kecil ini dan insyaallah akan aku didiknya sebaik yang mungkin sebagai tanda terimakasih ku. Dan kurniakan lah aku dengan kesabaran dan keimanan yang teguh dalam mengharungi proses ini. Amin.

Sunday, November 13, 2011

PENTINGNYA AIR PUTIH

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم
Harini nak ajak anda semua minum air putih. Murah dan sangat diperlukan oleh badan. Tahukah anda otak kita adalah organ kimia yang memerlukan cukup bekalan air. (macam bateri yang memerlukan air bateri). Oleh itu kita perlu minum air sebanyak 8 - 15 gelas sehari. Minumlah sebelum mula belajar/bekerja, semasa dan selepas.


Juga minum sebelum tidur dan sejurus selepas bangun dari tidur. Jangan makan "berulamkan air" kerana ini akan mencairkan asid-asid yang diperlukan untuk menghadamkan bahan-bahan makanan. Minumlah selepas habis makan, kira-kira 5 - 10 minit selepas makan.

Air juga amat penting untuk aliran darah, proses penghadaman, perkumuhan dan pemecahan lemak. Ia juga amat penting untuk proses mengeluarkan racun (melalui peluh, buangan air kecil dan besar, menangis, batuk lendir, dan lain-lain). Air juga penting untuk mengawal suhu badan dan berbagai proses yang menyebabkan kenaikan suhu badan.

Galakkan anak-anak kita membawa botol air masak ke sekolah. Jika boleh elakkan penggunaan botol plastik kerana kimia dari plastik boleh diserap oleh air. Jangan minum air cola, air kotak atau yang mengandungi gula, perasa, pewarna dan pengawit.


(Sumber: Buku Anakku Soleh Anakku Cemerlang: Tulisan Fatimah Hj. Omar)

Saturday, November 12, 2011

KHAS UNTUK MU WANITA

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Friday, November 11, 2011

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم

Alhamdulillah.. jumpa lagi. Harini, jom kita mencari perkara POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF.

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran², kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. Untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.Untuk jam loceng yg berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

11. Banyak lagi... lu pikir la sendiri.. itu kata Nabil hehe


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Thursday, November 10, 2011

JOM BERTUDUNG

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ 
السلام عليکم

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.



1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

(sumber: yahoo groups)

Wednesday, November 9, 2011

PENGAJARAN BUAT INSAN BERNAMA IBU

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم

Jom kita baca sat kisah sedih ini yang diambil dari wall rakan facebook. Jadikan lah pengajaran. Sesal kemudian tiada guna dan jangan biarkan syaitan menguasai kita.


Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahu ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah. Wajah, tangan dan baju anak perempuannya telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah puas melepaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".

Monday, October 31, 2011

CIRIT BIRIT & MUNTAH

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم
Sedih kan bila lihat anak kecil kita sakit.  26hb malam dengan tak tahu punca fr muntah-muntah hampir 5 kali. Aku ingatkan salah makan biasa. tetapi masalah ni berlarutan sampai berhari-hari. Keesokan harinya aku bawa dia ke hospital bahagian emergency. biasanya kalau keadaan tak berapa teruk, doktor akan bagi air garam dan teruskan penjagaan dirumah. Tetapi keadaan kali ini seperti agak serius. fr ditahan wad, untuk masuk air dan dari ujian darah yang diambil menunjukkan badannya dah kekurangan air. Dari pukul 11 aku duduk di kecemasan sampailah ke pukul 5 baru dihantar ke wad. dengan lantai kecemasan dan baju aku yang dah dipenuhi muntah, fr yang lemah longlai, aku kuatkan hati agar tidak menangis sebab aku kena kuat semangat. tapi ibu mana yang tak meleleh airmata lihat keadaan anak macam tu. lebih-lebih lagi tu lah satu-satunya buah hati pengarang jantung aku.


Doktor masukkan air entah berapa ml aku pun tak pasti. tapi yang pasti 3 hari nonstop. Hari ke3 di wad, tangan fr untuk masukkan jarum bengkak. Aku suruh nurse buka dan katanya nak cucuk lagi sebelah. Aku tak izinkan sebab dahlah tangan dia yang sebelah tu banyak bekas amik darah 3 hari sekali, ni nak masuk drip lagi, tak sampai hati aku. Akhirnya aku ambil keputusan bawa dia keluar wad sebab di wad dia asyik nangis, taknak makan, tengok doktor dan nurse fobia semacam. Lagipun pada fikiran aku di wad ada banyak virus sebab banyak kes yang aku lihat, kanak-kanak kalau duduk di wad lebih 3 hari mesti terkena jangkitan kuman dan ada yang sampai masuk icu padahal masa mula-mula masuk tak seteruk itu. fr dilakukan macam eksperimen lebih-lebih lagi dia ada thalasemia. setahu aku thalasemia tak ada kena mengena pun. Tukar-tukar antibiotik, dia duk situ bukan makin baik.. Bukan aku nak kata tak bagus hospital ni tapi tengok keadaan juga sebab aku pun selalu keluar masuk wad masa mengandung dulu. 

Keluar je aku terus bawa dia ke kedai ubat cina. Tauke kedai tu nasihatkan aku tukar susu buat sementara ni sebab katanya kena bagi susu yang tanpa laktosa. Aku pun tak tahu perkara ini dan doktor pun tak bagitahu. Dia suggest aku beli susu isomil plus dan bekalkan aku dengan ubat. Seksa rasanya nak bagi fr minum susu tu sebab rasanya yang memang memualkan. Nak tak nak aku terpaksa bagi juga menggunakan picagari. Alhamdulillah harini dah ada perubahan nampaknya. Dia dah mula nak minum susu, minum air masak, muntah dah tiada dan ceret beret pun dah tiada. Syukur padamu Ya Allah. Terimakasih pada keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan dan tidak lupa juga kepada doktor dan nurse di hospital putrajaya yang banyak juga membantu.  


Wednesday, October 12, 2011

BERSYUKUR ATAS NIKMAT HIDUP DI ATAS BUMI YANG AMAN SEJAHTERA

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم



Cuba tengok gambar-gambar di atas. Sedih, pilu dan macam-macam perasaan ada sampai menitis airmata aku. Cuba bayangkan sekiranya anak cucu kita yang berada dalam keadaan tu. Dalam kesedihan melihat anak-anak palestin tu, aku amat bersyukur kerana selama aku hidup di bumi Malaysia ini, anak-anak kita dapat kehidupan yang sempurna. Tempat belajar, rumah, sekolah, makan semua ada. Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang susah tetapi tak setanding dengan apa yang anak-anak kita di palestin rasa. Oleh itu, bersyukurlah kita ke atas nikmat yang Allah kurniakan ini. Dan jom kita berdoa agar nikmat ini tak diambil semula lantaran sikap kita yang bukan sahaja tak tau nak bersyukur malah ada yang berniat untuk menghancurkan keamanan yang ada. Wallahualam!!

Wednesday, October 5, 2011

PENDIDIKAN KE ARAH ANAK PINTAR

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم

Nak anak pintar? Tentu nak kan? Banyak cara sebenarnya. Kalau bagi kita orang islam ada cara tersendiri seperti menjaga pemakanan serta membaca surah-surah seperti surah luqman dan banyak lagi semasa hamil. Nak tahu cara orang yahudi didik anak-anak mereka. "Mengapa Yahudi Bijak?". Yahudi jahat? Memang lah jahat. Tapi yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan teladan.... ye tak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Jom kita terjah maklumat yang diperolehi oleh Dr. Stephen Carr Leon setelah 3 tahun berada di Israil!!!! Aku ambil yang penting aje ye.. nanti panjang sangat aku pun tak nak baca.. hihi

  1. Di Israel, apabila disahkan hamil, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami dimana menurutnya dia  sedang melatih otak anak yang dikandungnya, agar  menjadi genius apabila dewasa kelak.  Sejak awal kehamilan si ibu akan memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makanan utamanya ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurutnya daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Dan menjadi kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang hamil mengambil pil minyak ikan. 
  2. Mereka gemar memakan isi ikan dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg melarang pengambilan makanan laut dan darat, secara saintifiknya makanan ini berbeza dr segi kandungan ionnya satu +ve dan satu -ve, dan apabila dicampur menyebabkan perut kan mengalami masalah penghadapan) Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. 
  3.  Mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dengan itu payah untuk memahami pelajaran disekolah. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg menasihatkan kita makan buah dahulu sebelum makan makanan lain, secara saintifiknya, buahan mudah dihadam dan mengandungi asid, bila kita makan benda berat macam nasi dan selepas tu baru mkn buah, buah akan ganggu penghadaman dan akan mengeluarkan asid dan gas, yg boleh menyebabkan angin) 
  4.  Di Israel, merokok adalah taboo. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.
  5.  Di tadika mereka, pemakanan anak-anak cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Untuk pengetahuan, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik merupakan senaman untuk otak maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
  6. Darjah 1 hingga 6 pula anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Selain dari pelajaran, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut mereka, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
    Kesimpulanya, pada teori Dr. Stephen Carr Leon adalah, melahirkan  anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan  semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan  awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan  latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik  klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan  berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik  sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan  violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka  demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah,  bola keranjang, dart dan menembak.

    Bukannya nak taksub dengan cara pemakanan yahudi laknatullah ni tetapi yang menjadi persoalannya di sini sedangkan yahudi banyak mengamalkan cara pemakanan nabi kita, mengapa tidak kita? ~Wallahualam~


    P/S: Tak salah kita mencuba. Yang penting dah usaha dan doa, yang lain2 tawakkal je pada Allah.


    Tuesday, October 4, 2011

    POKOK BERACUN

    ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
    السلام عليکم

    Biasanya kita dengar keracunan makanan. Tapi sedar tak bahawa kadangkala keracunan boleh berpunca dari sebatang pokok yang kita sendiri tanam.

    Tahukah anda terdapat lebih dari 300,000 spesis tumbuhan yang terdapat dimuka bumi ini. Dari rekod yang diperolehi lebih dari 700 spesis tersebut telah dikenal pasti beracun. Sebenarnya banyak tumbuhan yang belum dapat dikenalpasti sama ada ia beracun atau tidak (Kingsley , 1967).

    Secara umumnya kesan tumbuhan beracun terhadap kehidupan bolehlah meliputi dua aspek.

    1. Menyebabkan sakit sahaja seperti muntah, gatal, sakit perut dan sebagainya.

    2. Menyebabkan kematian.


    Ahli-ahli botani telah memberi beberapa kaedah untuk mengklasifikasikan tentang tumbuhan beracun.

    • Tumbuhan itu dikelaskan mengikut kumpulan famili.
    • Mengikut jenis toksin yang terdapat pada tumbuhan tersebut seperti alkaloid, glikosid dan sebagainya.
    • Tindakbalas toksin seperti gatal pada kulit, muntah, kematian dan sebagainya.
    • Bahagian mana tumbuhan itu mempunyai racun seperti pada bahagian batang, daun, bunga dan sebagainya.
    Pernah lihat pokok ini?
    Akupun pernah tanam gak tanam pokok ni sebab memang cantik. Rupa-rupanya cantik diluar tapi penuh dengan racun hahahah. Tapi dah lama dah mati sebab takda masa nak jaga. Sekiranya anda ada menanam di dalam kawasan rumah tolong pastikan segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda. Lagi baik kalau musnah kan aje.

    Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

    Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.

    Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Untuk ibubapa, berhati-hati dengan pokok ini ya dan amatlah digalakkan untuk menyampaikan kepada semua terutama kepada keluarga dan jiran tetangga.


    Jangan lupa... "prevention is always better than cure"

    Saturday, October 1, 2011

    ELAK KECURIAN, DI ROMPAK DAN DI ROGOL DALAM RUMAH SENDIRI

    ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
    السلام عليکم
     


    Takut nya dengar kebelakangan ni banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak.... Banyak usaha yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini daripada berlaku. Diantaranya adalah dengan memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

    Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini. Selain daripada itu, kita boleh berusaha melakukan tips dibawah ini dengan sebaik mungkin. Seperti biasalah, dah usaha, dah berdoa dan jangan lupa bertawakkallah hanya pada yang Satu.

    Tips menghalang kecurian.

    1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
    2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
    3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).
    4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
    5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).
    6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
    7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
    8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
    9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
    10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
    11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
    12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
    13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
    14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
    15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
    16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
    17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
    18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
    19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
    20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
    21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
    22. Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).
     "Please be aware the Emergency Number worldwide for GSM Mobile (012, 013, 016, 017, 019) is 112 and not 999"

    "You can dial 112 even without a Sim Card
    . If you find yourself out of coverage area of your mobile network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number   for you.   Do share this important info with your family members and friends"


    Friday, September 30, 2011

    Petua & Penawar untuk anak degil

    ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
    السلام عليکم

    Lama rasanya tak update... busy sangat kebelakangan ni. Kalau buzy tu makna nya banyak sales.. Alhamdulillah. Walaupun tak berapa banyak untung, asal tak rugi sudah memadai bagi aku. Sekarang ni pening juga dengan telatah fr yang makin hari makin terserlah "bertuahnya". Kat sini nak syer sikit apa yang aku dapat setelah tercari-cari ayat-ayat yang boleh aku amalkan untuk anak bertuah aku tu. Mungkin ramai yang dah tahu tapi kalau ada yang tak tahu tu, boleh lah cuba amalkan. Insyaallah berkesan. 






    Ustaz ni ada cakap "anak-anak jangan dicium waktu tidur, nanti anak-anak degil".. Ish rasanya yang ni selalu tengok kat tv kan. Aku pun terikut-ikut sama. Insyaallah, lepas ni peluk saja pun jadi lah. 


     


    Saturday, July 30, 2011

    Hutang Puasa Ibubapa - Waris hanya perlu bayar fidyah?

    ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
    السلام عليکم

     
     
    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
     
    “Sesiapa mati dan tertanggung atas dirinya qada puasa bulan Ramadhan, maka hendaklah di berimakan bagi pihaknya seorang miskin bagi setiap hari (yang ditinggalkannya)” – Riwayat Imam Tirmidzi dari Ibnu Umar r.a

    Menurut Profesor Madya Dr. Anisah Abdul Ghani, Pensyarah Fiqh dan Usul, Jabatan Syariah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), memberi makan (fidyah) merupaka satu cara menggantikan puasa Ramadhan yang tertinggal disebabkan keuzuran yang diterima oleh syarak atau tidak. Sekiranya seseorang itu mati sebelum sempat menggantikan puasanya, hukumnya tertakluk pada perincian di bawah:
     
    1. Jika sebelum kematiannya ia tidak berkesempatan langsung atau tidak berkemampuan sepanjang hayatnya menggantikan puasa yang tertinggal, kerana ditimpa sakit yang berterusan atau keuzuran lain, maka tidak berdosa dan gugurlah tuntutan ganti itu daripadanya kerana kegagalan mengganti itu bukanlah dari kelalaiannya.... 
     
    oleh Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman
    klik sini untuk bacaan selanjutnya 

    Friday, July 29, 2011

    JUMAAT.... PENGHULU SEGALA HARI

    ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
    السلام عليکم

    Wahai saudaraku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah....

    Dan jangan lupa harini merupakan penghulu segala hari.... Solat Jumaat dan Solat Fardhu jangan lupa... tapi jangan hari jumaat sahaja ye.. solat fardhu kena hari-hari!!

    Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

    "Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."


    Wednesday, July 27, 2011

    Pujian yang melampau

    ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
    السلام عليکم


    Pernah dapat pujian? Mesti pernah kan. Cuma ada yang ikhlas dan ada yang tak berapa nak ikhlas. Secara jujurnya aku pun pernah. Tapi tak pasti pujian yang diterima tu ikhlas ke tak sebab aku tak pandai nak baca hati manusia. Rata-rata semua insan didunia ni suka dipuji cuma penerimaan sahaja berlainan. Jika kuat imannya, dikembalikan pujian itu kepada Allah s.w.t.

    Bagi kita seorang muslim, nilaikan sesuatu pujian itu. Ini adalah kerana, kadang-kadang dibimbangi  akan timbul sifat riak. Riak adalah sfat mazmumah. Pada dasarnya seseorang bersifat riak akan menampakkan dirinya kepada orang lain agar orang lain mengetahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya dan amalnya sehingga mengenepikan keikhlasan sepatutnya diiringi bersama. Sayidina Ali bin Abi Talib berkata yang bermaksud: "orang bersifat riak itu mempunyai beberapa tanda: malas apabila bersendirian tetapi rajin apabila berada di kalangan orang ramai, menambahkan amal kebaikan apabila dipuji tetapi mengurangkannya apabila tiada dipeduli."

    Jadi bagi kita yang hendak memuji pula, pujilah kepada perkara yang elok-elok sahaja. Bukan memuji suara sedap menyanyi dan lain-lain perkara yang maksiat.




    sumber: Generasi Al-Quran Kreatif (telaga biru)

    Tuesday, July 26, 2011

    NAK HANTAR BONDA TERCINTA PERGI HAJI

    ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
    السلام عليکم



    Teringin nya nak pergi ke Mekah untuk menunaikan rukun islam ke-5, teringin nak solat kat masjid nabawi dan banyak lagi. Tetapi lebih besar keinginan ku untuk hantar bonda tersayang pergi dulu untuk menunaikan ibadah haji. Arwah abah dah tinggalkan harta yang paling berharga iaitu "aku" untuk mak. Jadi aku rasa merupakan tanggungjawap aku untuk hantar mak ke Mekah. Tapi apakan daya buat masa ni kewangan belum mengizinkan. Nak pergi Umrah pun dah mahal apalagi Haji. 

    So untuk mencapai hasrat aku, aku tak boleh mengharapkan gaji sebagai gov staff semata-mata. Maklumlah gaji sebagai gov servant, kumpulan sokongan je pulak tu mana nak cukup. Lebih-lebih lagi duduk kat bandar-bandar besar ni. Semuanya naik.. bil letrik pun tetiba je dah naik.. Tak palah.. insyaallah kalau niat kita baik, Allah pasti tolong. Itu yang aku pegang selama ni. Aku takkan duduk diam dan tunggu RM yang datang sendiri, aku kena kuat kan usaha. Alhamdulillah perniagaan kecil-kecilan yang aku mulakan dah makin menampakkan hasil. Semoga berterusan begitu. Dan doa ku semoga Allah kabulkan hajat aku ni.. amin.

    Friday, July 22, 2011

    WASIAT? KEMANA HARTAMU SELEPAS MATI??

    ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
    السلام عليکم

    "Harta yang paling bernilai bagi anda adalah keluarga tersayang"

    Nasi lemak buah bidara
    Sayang selasih hamba lurutkan
    Buang emak buang saudara
    Kerana harta mereka rebutkan

    Alhamdulillah.. semalam aku ke seminar bertajuk "seminar kearah kesedaran wasiat... kemana hartamu selepas mati". Rupa-rupanya penting wasiat ni. Walaupun tak banyak harta tetapi dengan harta atau wang yang sedikit boleh membawa kepada amal jariah yang berterusan selepas mati. Contohnya seperti bagi yang ada insurans atau simpanan walaupun sedikit boleh mewasiatkan sebahagian harta atau wang simpanan kepada badan kebajikan atau masjid. Sudah tentu boleh mewasiatkan untuk dilangsaikan segala hutang. Kita boleh mewasiatkan 1/3 daripada harta kepada bukan pewaris, disini lah terbukanya peluang untuk membuat amal kebajikan. Lagi 2/3 hendaklah diikut hukum faraid. Banyak masalah akan timbul sekiranya tiada wasiat dibuat.  Kesian kan kat waris kita kalau ini berlaku.

    Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh ‎seseorang mengenai hartanya, hutangnya atau amal ibadahnya untuk diuruskan selepas ‎berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada ‎fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris. Oleh ‎itu sebaik-baik wasiat adalah yang ditulis dan disaksikan oleh seseorang tertentu.‎

    DALIL TENTANG WASIAT‎

    Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, ‎Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.‎

    Dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman:




    "...Tetapi sekiranya kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu ‎perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu ‎wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu..." ‎‎(QS. Surah An-Nisa': 12)‎

    Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Seseorang Muslim yang ‎mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-‎turut melainkan dia menulis wasiat disisinya”.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    CIRI-CIRI WASIAT ISLAM

    Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:‎

    ‎1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada ‎harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.‎

    ‎2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka ‎simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.‎

    ‎3. Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut ‎adalah terbatal.‎

    ‎4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian ‎pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.‎

    ‎5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan ‎pembayaran hutang simati.‎

    ‎6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas ‎kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.‎

    ‎7. Harta yang diwasiatkan adalah harta milik sendiri secara tunai dan bukan harta milik ‎orang lain.‎

    ‎8. Jika yang diwasiatkan adalah dari harta perkongsian samada perniagaan atau ‎seumpamanya, maka hendaklah dikepilkan bersama surat perakuan dari rakan kongsi ‎yang menyatakan sah wujudnya dan benarnya sebagaimana yang ditulis dalam wasiat.‎

    9. Wasiat yang ditulis hendaklah tidak membebankan penerima wasiat. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa' ayat 12:



    sumber dan info lanjut‎

    Wednesday, July 20, 2011

    NAK AJAR BABY FARIS MEMBACA

    ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
    السلام عليکم
     
    Ha. Harini aku beli ebook rahsia baby pandai membaca. Baru nak mulakan petang ni. Hopefully berjaya mengajar fr membaca sebelum umurnya mencecah 2 tahun. Alhamdulillah, huruf2 Al-quran dah banyak yang dia tahu. Tak sia-sia aku jadi cikgu tak rasminya selain bantuan dari dvd, dan bahan2 untuk tampal kat dinding. Dinding rumah pun dah jadi buku tulis nya. Hahaha.. tak pelah janji dia berminat dengan pen/pensil. Tapi yang menjadi kesukaan adalah pensil warna. Hahahihihoho.... dinding rumah ku dah jadi warna pelangi... tak pe, aku suka.


    Untuk pengetahuan, kajian menunjukkan bahawa masa yang paling sesuai untuk mengajar apa sahaja kepada kanak-kanak ialah semasa kanak-kanak berusia bawah 3 tahun. Ini selari dengan perkembangan kematangan otak kanak-kanak yang dikaitkan dengan perkembangan pembelajaran mereka. Oleh itu aku kena cepat agar fr tidak ketinggalan. kalau tak pandai baca pada umur 2 tahun, dapat mengenal huruf  alifbata, abc dan 123 sudah memadai bagi aku sebagai permulaan. Tapi wawasan kena jauh ke depan. Moga-moga cita-cita ku tercapai. 

    Jom kita tengok tahap perkembangan otak kanak-kanak:-

    25% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu lahir
    50% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu usia 6 bulan
    85% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu usia 3 tahun
     
    Oleh sebab otak kanak-kanak berkembang pesat sewaktu usia 3 tahun ke bawah, sewajarnyalah kanak-kanak ini diberi pendedahan seawal mungkin kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu.

    Sepanjang proses pembelajaran ini, apa sahaja yang diterima akanmenjadi pembelajaran dan pengalaman yang kekal kepada kanak-kanak. Sebab itulah mereka mampu menguasai kemahiran membaca ini sekiranya diajar dalam tempoh itu dengan kaedah-kaedah yang sesuai dan efektif.
     
    Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa itu, ini akan memberi kesan terbaik untuk menjana kepintaran mereka. Jadi kita sebagai Ibu bapa perlulah mengambil peluang keemasan ini untuk melihat hasil yang optimum bagi anak masing-masing. Yang penting kita tidak mudah berputus asa dan jangan malas nak ajar. Berjaya atau tidak, berdoa dan tawakkal pada Allah.

    Tuesday, July 19, 2011

    KEBAIKAN AYAT QURSI

    ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
    السلام عليکم


    Anda hafal ayat Qursi? Kalau hafal, Alhamdulillah. kalau tak, cubalah untuk menghafalnya kerana banyak fadhilatnya.  Alhamdulillah aku hafal dari sekolah rendah lagi. Terimakasih pada abang saudara sebelah rumah yang telah mengajarnya. Asalnya memang aku tak tau pun kebaikan ayat ni. Aku terbuka hati nak belajar ayat ini apabila rasa takut yang amat sangat ketika pulang mengaji, bulu roma meremang ketika lalu di sebuah pokok besar di waktu malam. Sampai lah sekarang aku sentiasa mengamalkan ayat ini. Alhamdulillah..  tiap-tiap malam aku bacakan fr ayat Qursi mudah-mudahan akan menjadi amalannya kelak.

    Oleh itu jom kita teroka fadhilat lain ayat Qursi mengikut hadis:-


    * Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

    "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."

    "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

    "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

    "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

    "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

    "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan."

    "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

    "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."

    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkannya hati orang yang bersyukur, perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

    "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

    Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah S.A.W bersabda :
    "SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT."

    Monday, July 18, 2011

    KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

    ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
    السلام عليکم




    Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ? Jom kita ubah penampilan kita agar sejajar dengan tuntutan agama. Jika tidak rugi sahaja kita memakai tudung tetapi, pahalanya tak dapat tapi dosa yang dapat. Oleh itu kita lihat diantara kesalahan-kesalahan yang biasa kita lihat.


    KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


    KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

    KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

    KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

    KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

    KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

    KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

    KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

    Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
    "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."(an-Nur: 31)

    Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

    Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa sahaja yang dipakai untuk berhias dan untuk mencantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

    Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir.

    Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

    Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merahdi pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah,adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

    Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikhuwatirkan akan menimbulkan fitnah.

    "Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

    Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

    Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

    Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

    Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

    ‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

    Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

    Larangan Nipis

    Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

    "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

    Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

    Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

    KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

    Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

    يرحم الله المتسرولات

    Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

    Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

    Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

    KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

    Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

    JOM KLIK SINI UNTUK BANYAK LAGI INFO UNTUK KITA MUHASABAH DIRI


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...