ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم
Biasanya kita dengar keracunan makanan. Tapi sedar tak bahawa kadangkala keracunan boleh berpunca dari sebatang pokok yang kita sendiri tanam.
Tahukah anda terdapat lebih dari 300,000 spesis tumbuhan yang terdapat dimuka bumi ini. Dari rekod yang diperolehi lebih dari 700 spesis tersebut telah dikenal pasti beracun. Sebenarnya banyak tumbuhan yang belum dapat dikenalpasti sama ada ia beracun atau tidak (Kingsley , 1967).
Secara umumnya kesan tumbuhan beracun terhadap kehidupan bolehlah meliputi dua aspek.
1. Menyebabkan sakit sahaja seperti muntah, gatal, sakit perut dan sebagainya.
2. Menyebabkan kematian.
Ahli-ahli botani telah memberi beberapa kaedah untuk mengklasifikasikan tentang tumbuhan beracun.
- Tumbuhan itu dikelaskan mengikut kumpulan famili.
- Mengikut jenis toksin yang terdapat pada tumbuhan tersebut seperti alkaloid, glikosid dan sebagainya.
- Tindakbalas toksin seperti gatal pada kulit, muntah, kematian dan sebagainya.
- Bahagian mana tumbuhan itu mempunyai racun seperti pada bahagian batang, daun, bunga dan sebagainya.
Pernah lihat pokok ini? |
Akupun pernah tanam gak tanam pokok ni sebab memang cantik. Rupa-rupanya cantik diluar tapi penuh dengan racun hahahah. Tapi dah lama dah mati sebab takda masa nak jaga. Sekiranya anda ada menanam di dalam kawasan rumah tolong pastikan segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda. Lagi baik kalau musnah kan aje.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Untuk ibubapa, berhati-hati dengan pokok ini ya dan amatlah digalakkan untuk menyampaikan kepada semua terutama kepada keluarga dan jiran tetangga.

Jangan lupa... "prevention is always better than cure"
No comments:
Post a Comment