Sunday, November 13, 2011

PENTINGNYA AIR PUTIH

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم
Harini nak ajak anda semua minum air putih. Murah dan sangat diperlukan oleh badan. Tahukah anda otak kita adalah organ kimia yang memerlukan cukup bekalan air. (macam bateri yang memerlukan air bateri). Oleh itu kita perlu minum air sebanyak 8 - 15 gelas sehari. Minumlah sebelum mula belajar/bekerja, semasa dan selepas.


Juga minum sebelum tidur dan sejurus selepas bangun dari tidur. Jangan makan "berulamkan air" kerana ini akan mencairkan asid-asid yang diperlukan untuk menghadamkan bahan-bahan makanan. Minumlah selepas habis makan, kira-kira 5 - 10 minit selepas makan.

Air juga amat penting untuk aliran darah, proses penghadaman, perkumuhan dan pemecahan lemak. Ia juga amat penting untuk proses mengeluarkan racun (melalui peluh, buangan air kecil dan besar, menangis, batuk lendir, dan lain-lain). Air juga penting untuk mengawal suhu badan dan berbagai proses yang menyebabkan kenaikan suhu badan.

Galakkan anak-anak kita membawa botol air masak ke sekolah. Jika boleh elakkan penggunaan botol plastik kerana kimia dari plastik boleh diserap oleh air. Jangan minum air cola, air kotak atau yang mengandungi gula, perasa, pewarna dan pengawit.


(Sumber: Buku Anakku Soleh Anakku Cemerlang: Tulisan Fatimah Hj. Omar)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...