Thursday, June 30, 2011

Mandi Manda di Country Heights

Minggu yang teramat bosan sebab ketiadaan papa fr yg pergi outstation ke JB. So apalagi seperti biasa.. aktiviti melepak di Bandar Tun Hussein Onn di Cheras. Tema minggu ni mandi manda lagi.... tapi kali  ni di Country Heights Kajang.. dapat melepak kejap aje.. sebab malam dah kena balik Putrajaya.. maklumlah isnin hari kerja. Kalau ikutkan hati, nak aje aku cuti. Tapi memandangkan kerja yang agak penting kat office, terpaksalah tolak tepi hasrat untuk bercuti. Gila tension, kena balik... yang lain2 tidur kat Country Heights 1 malam. Bukannya Country Heights yang seronok sangat.. tapi melepak dgn family dari BTHO yang seronok sangat tu. Risau juga dengan kerenah fr yang tidak mahu di pegang. Akibatnya fr hampir lemas tapi tak serik masih tak mau dipegang.. hahaha tak pelah anak mama berani..




Amboi sukanya, macam2 aksi
Tengok tu.. dah kelemasan




Keletihan mandi, ... minum susu
Ada pelampung tapi taknak guna




Wednesday, June 22, 2011

Ikhlas?... tanyalah pada hati

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ



Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Itulah kata-kata yang jika dihayati mengundang makna yang begitu besar kepada diri kita. Di mana kita? Adakah mata kita masih melihat kejahatan orang lain? Adakah telinga kita masih suka mendengar cerita-cerita buruk tentang orang lain dan mulut kita masih gemar menuturkan kejahatan orang lain? Jika semua ini masih wujud dalam diri, usahlah anggap anda sudah cukup melakukan kebaikan!

Jika anda melakukan kebaikan sekalipun, usahlah merasa anda hebat dan mendambakan sanjungan kerana ia hanya akan mengundang riak. Jika ibadat anda melebihi orang lain, usah berbangga dengan diri kerana ia mengundang ujub, sukar dikesan dan dirawat.

Bukan mudah untuk ikhlas. Makin dicari makin misteri. Lakukanlah semua perkara kerana Allah.. itu yang dinamakan IKHLAS.

Anda ikhlas? Tanyalah pada hati dan anda akan temuiya....

Petikan di atas adalah daripada buku Di mana Dia di Hatiku? Tulisan Pahrol Mohd Juoi

Kedudukan Ikhlas

Ikhlas merupakan hakikat agama, intinya ibadah, kunci dakwahnya para Rasul, dan merupakan syarat diterimanya amal. Maksud ikhlas adalah mengesakan Allah ta’ala dalam niat dan tujuan ketika berbuat ketaatan dengan membersihkan amalan tersebut dari pengawasan makhluk, dan membersihkannya dari kotoran syirik, kekufuran & kedurhakaan.
Ibnu Taimiyyah mengatakan: Jika seorang hamba ikhlas dalam amalnya, maka Alloh akan menerimanya dan akan menghidupkan hatinya .
Ibnu Jauzi berkata: Sedikit sekali orang yang beramal ikhlas, karena kebanyakan manusia suka menampakkan ibadah mereka .
Makna Ujub dan Bahayanya - Ujub adalah salah satu perbuatan yang merosak amal dan membinasakan pelakunya. Bahawasanya ujub adalah penyakit yang menghilangkan dan berlawanan dengan keikhlasan, menghilangkan rasa dzull (hina atau rendah) kepada Allah, dan menunjukkan buruk dan jeleknya adabnya kepada Allah; maka ujub itu menbanggakan diri dan buta akan aib dan keburukan diri. Ujub adalah memperlihatkan ibadah dalam bentuk sombong dan membesarkan diri. Ujub dalam agama iaitu memuji diri sendiri atas apa yang diamalkan atau apa–apa yang telah diilmui dan melupakan nikmat dari Allah. Memuji diri dan melupakan nikmat Allah adalah ujub dalam agama.

Perbezaan antara Ujub dan Riya’ - Ujub itu temannya riya’, tetapi riya’ itu perbuatan syirik kepada Allah dan yang dijadikan sekutu adalah makhluk selain dirinya, sedangkan ujub yang dijadikan sekutu adalah dirinya sendiri. (Jadi riya’ itu beribadah kepada Allah tetapi disertai dengan niat dan tujuan lain dari perkara dunia, sementara ujub itu merasa hebat, paling pintar dan menyombongkan diri dihadapan Allah ) Pelaku riya’ itu tidak merealisasi firman Allah ‘Iyyaka na’budu’ sedang pelaku ujub tidak merealisasi firman Allah ‘Iyyaka nasta’iin’, maka barang siapa yang merealisasi ‘Iyyaka na’budu’ menghilangkan riya’, sedangkan yang merealisasi ‘Iyyaka nasta’iin’ menghilangkan ujub.

Perbezaan Ujub dan Sum’ah - Ujub itu didalam hati sedangkan sum’ah itu dengan lisan dan sum’ah itu sama makna dengan riya’. (Maka sum’ah itu memperdengarkan amal kebaikannya kepada orang lain agar mendapat pujian atau dikatakan hebat)

Perbezaan antara sombong dan Ujub - Ujub itu adalah ta’jub dengan amalannya memuji diri sendiri, melupakan Allah Ta’ala dan tidak membesarkan diri dihadapan orang lain, dan tidak merendahkan manusia; tapi jika ujub ini sampai melihat dirinya lebih baik dari yang lain dan merendahkannya maka tatkala itu menjadi sombong.

Diantara sifat yang terkumpul dalam ujub :
  • Buta dengan dosa yang telah dilakukan
  • Menganggap kecil dosa yang banyak
  • Buta dengan kesalahan-kesalahannya
  • Perkataannya bukan Al-haq
  • Menimbulkan sombong dan bangga diatas orang lain
  • Menipu Allah Ta’ala yang ditunjukkan dengan amal dan ilmunya, seakan-akan ia adalah orang yang mendapat kurnia (yang dipilih) Allah
Sekadar renungan dan panduan untuk diri sendiri

Tuesday, June 14, 2011

Dakwah Anak Kecil - Anugerah Terindah

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-Jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata:

Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkataBersedia untuk apa?”.

Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”


Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”


Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya
Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!

Terima kasih Ayah


Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.
Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya.
Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Monday, June 13, 2011

Panduan mengatasi marah pada anak

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah.. kurniakanlah aku kesabaran yang kuat dalam membesarkan  "Mutiara Hati" ku ini.... amin...
Dalam tak sedar FR sudah pun berusia 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah. Perangai nya amat menguji kesabaran. Terfikir dalam hati.. macamana mak aku besarkan anak2 nya yang seramai 6 orang tu.. Dalam pada tercari2 panduan, terjumpa pula artikel ni yang boleh di jadikan sedikit panduan. Dan untuk mak2 atau ayah2 yang nak menambah ilmu jom ler baca sat....

1.    Kanak-kanak dalam  lingkungan  umur  2-7  tahun  memang sering dilabelkan  lasak  kerana  ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga  didapati  ‘tidak  dengar  kata’.  Apa  yang  berlaku  ialah tiada komunikasi  dua  hala  di  antara  ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian  kepada  suara  ibu bapa.  Sebaliknya  perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

2.     Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka  tidak  mempunyai  pengetahuan tentangnya. Mereka juga baru sahaja  belajar  bercakap,  oleh itu ibu bapa tidak dapat memahami apakah  sebenarnya  yang  dimahukan. Maka jadilah anak tersebut menjerit,  membaling  barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran kekecewaan kerana  hajatnya  tidak  difahami  dan  dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya. Justeru  itu  siapakah  yang  bersalah?  Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak  berusaha  untuk  memahami  kehendak  si anak.

Ada beberapa tip yang boleh kita sebagai ibu bapa berusaha mengatasi masalah ini :

1.  Kanak-kanak  sangat  memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua  ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan  mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang anda  lakukan  dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya.  Berapa kali kah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact  sangat  penting  di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2.  Sebaik  sahaja  ibu bapa  pulang  dari  bekerja  dan  mengambil  anak  dari nurseri, luangkan  masa  setengah  jam  terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus  ke  dapur  memasak,  angkat kain dsb. Berikan perhatian  kepada  anak.  Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di  rumah  bersama  bibik  atau  di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta  nyatakan  di  telinganya,  papa/mama  sangat  sayangkannya.  Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah ke dapur dsb.  Insya  Allah  anak  akan  lebih  mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3.  Ajarkan  anak  dengan  perkataan “tunggu sebentar” sekiranya anak perlukan  sesuatu  dan  ibubapa  tidak  dapat  berikannya  kerana sedang sibuk. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu  sahaja  atau  bersikap  acuh tidak acuh kerana sebenarnya ibu apa sedang mengajar  anak  agar  tidak  menghiraukan  ibubapanya  sekiranya  ibubapa pula yang memanggilnya.  "The  right  way to make her listen to you is by listening to her  first".  Kita  tidak  boleh mengharapkan anak patuh setiap arahan kita kerana Allah  tidak menjadikan  ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru  setiap  perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4.  Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya  yang  tersendiri.  Anak  yang  suka menjerit walaupun tidak mempunyai  apa-apa  sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak  ini  memang  sangat  sukakan  perhatian.  Oleh  itu  jika  anak  ini menjerit, berilah  perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan  sekiranya  dia  menyanyi  dengan  kuat dsb. Walau bagaimanapun, ibu bapa boleh  mengajarkan  kepadanya  bahawa  perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus  kerana  boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur. Sekiranya anak suka  menjerit,  ibubapa  boleh  suruh  dia  mengadap  dinding yang kosong dan menjerit  di  situ  berulangkali  sehingga  dia letih. Insya Allah dia akan kurang  menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin  dia  akan  berhenti  menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya  dia  mengulanginya , suruh dia lakukan perkara yang sama sehingga lama kelamaan dia akan berhenti. Berikan dia hadiah  (makanan kegemarannya  dsb)  jika  ibu bapa dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang  menjerit  dalam  satu  hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya,  mama  beri  hadiah  coklat  kerana sayang tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa ibubapanya tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri  dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah  anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian  terhadap kelebihan tersebut, jangan  ingati  kekurangan  anak  dan doakan setiap kali selesai sembahyang  agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak  dengan  semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali ibu bapa berinteraksi  dengan  anak. Boleh  juga ibubapa cuba berbuat demikian setengah jam setelah  anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya : usapkan dengan lembut di  ubun-ubun  kepalanya,  cium  dan bacakan selawat serta sebutkan harapan kita kepadanya. Misalnya ‘mama sayang faris, mama mahu faris tidak menjerit lagi’. Sebutkan  perkara spesifik yang ibubapa mahukan. Jangan hanya menyebut ‘mama  harap faris berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mama tak  suka  kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan  didapati  sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Ibu bapa  Islam juga boleh membacakan  surah  AlFatihah,  Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

"Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.  Semoga  kita sebagai ibubapa lebih  bersabar,  jangan  ignore  anak dan cubalah memahaminya.  Fahami  dunia  anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan.  Bayangkan  perasaan  anak  apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba  dibuatnya  hanya lah  meneroka  alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapa lah yang membuat peraturan, disiplin dan juga  galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya."

"Jangan  berputus asa dengan anak kerana  ini  akan  membuatkan  anak  berputus  asa  terhadap  kita  sebagai ibubapanya"

Berusahalah... berdoalah... dan bertawakkal lah hanya pada ALLAH...

Friday, June 3, 2011

Empat Bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab


ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ


“Allahumma Barik Lana Fii Rajab wa Sya’ban wa Ballighnaa Ramadhan—Wahai Allah berkahilah kami di bulan rejab dan sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan ramadhan.”   

Itulah doa yang disabdakan oleh Rasulullah saw apabila masuk bulan rejab didalam hadith yang diriwayatkan dari Anas bin Malik.

Didalam sebuah riwayat, ”Wa Barik Lana Ramadhan.” (Dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad didalam “Zawaidul Musnad” (236); al Bazzar didalam “Musnad”-nya , sebagaimana di dalam “Kasyfil Astar” (616), Ibnus Sunni didalam “Amalul Yaum wal Lailah” (658), Thabrani didalam “al Ausath” (3939), didalam “ad Du’a” (911), Abu Nu’aim didalam “al Hulyah” (6/269), al Baihaqi didalam “asy Syu’ab” (3534), didalam kitab “Fadhailul Auqat” (14), al Khatib al Baghdadi didalam “al Muwaddhih” (2/473), Ibnu Asakir didalam “Tarikh”-nya (40/57) dari jalan Zaidah bin Abir Roqod dari Ziyad an Numairiy dari Anas.

Lebih dari satu ulama yang menyatakan kelemahan sanad hadits ini dan dhoif namun diperbolehkan bagi seorang muslim berdoa dengan hadits tersebut ketika memasuki bulan rejab. Sebagaimana perkataan para ulama bahwa diperbolehkan mengamalkan hadits dhoif didalam keutamaan amal dengan syarat bahwa hadits itu tidak diriwayatkan oleh seorang pendusta, kejam dan kasar yang menjadikan kelemahannya sangat berat dan hadits itu juga tidak berkaitan dengan sifat-sifat Allah, tidak berhubungan dengan permasalahan-permasalahan akidah, atau hukum-hukum syariah berupa halal, haram dan sejenisnya.



Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram…” (QS. At Taubah:36)

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah:

"Empat bulan Haram – Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10hb Muharam).

Bulan rejab adalah bulan ke tujuh  dari bulan hijriah (penanggalan  Arab dan Islam). Peristiwa Isra Mi’raj  Nabi Muhammad  shalallah ‘alaih wasallam untuk menerima perintah salat lima waktu diyakini terjadi pada 27 Rejab ini.

Bulan rejab juga merupakan salah satu bulan haram atau muharram yang artinya bulan yang dimuliakan. Dalam tradisi Islam dikenal ada empat  bulan haram, ketiganya secara berurutan  adalah: Dzulqa'dah, Dzulhijjah, Muharram, dan satu bulan yang tersendiri,  rejab.

`Kepada yang masih berhutang puasa Ramadhan yang lalu, inilah masa terbaik untuk menggantikannya sebelum tibanya bulan Ramadhan tahun ini.’

Wallahua’lam.

sumber: abuzubair

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...