Wednesday, April 20, 2011

Jangan jadi anak derhaka

Assalamualaikum...
Harini terasa nak citer perkara yang agak serius sikit. Semenjak jadi ibu ni, aku amat tersentuh bila tengok anak-anak yang tak hormat langsung pada ibubapa. Bukan saja tersentuh malahan marah, emosi, nak nangis, semua perasaan bercampur baur.  
Sejuta harapanku agar FR tidak jadi seperti tu. Saja nak kongsi kat sini supaya aku lebih insaf  dan andai ada yang mempunyai ciri2 anak derhaka agar dapat sujud memohon kemaafan daripada ibubapa. Kerana REDHA ALLAH BERGANTUNG KEPADA REDHA IBUBAPA.

Kepada anak yang masih mempunyai ibu dan bapa jangan berlengah lagi pohon lah kemaafan sebelum terlambat. Jangan tunggu raya je. Kepada anak yang telah derhaka kepada ibu atau bapa dan tidak sempat memohon keampunan dari mereka. Setelah insaf dan bertaubat, masih ada peluang untuk memohon keampunan dari mereka. Kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Walau apa pun, hanya Allah yang berkuasa dan syurga neraka ditangan NYA. Pintu taubat senantiasa terbuka luas. Apa yang anda patut dilakukan adalah: 

  • Banyak sedekah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas kepada arwah. 
  • Selalu membaca Al-Quran dan menghadiahkan kepada arwah. 
  • Sedekah amal jariah atas nama arwah.
  • Jika arwah tak sempat tunai haji. Buat haji untuk arwah.
  • Selalu buat tahlil untuk arwah.
  • Banyak bertaubat dan banyak berzikir kepada Allah SWT memohon keampunan.
Setelah anda lakukan semua perkara tersebut, insyaAllah roh mereka akan mendapat ketenangan. Apa-apa musibah yang anda terima, hadapilah dengan hati yang redha. Kerana balasan untuk anak derhaka di dunia, Allah SWT tunaikan sebelum mati. Jika anda tidak berputus asa, insyaAllah akan mendapat keampunanNya dan rahmatNya. Hanya Allah swt yang menentukan baik atau buruk nasib anda diakhirat nanti bergantung atas amal jariah dan keikhlasan anda denganNya.

Untuk mak, terimakasih kerana telah membesarkan dan mendidik , ampun kan dosa anak mu ini... sayang mak sangat2 dan untuk arwah Abah.. semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Abah dan ditempatkan dikalangan umat2 yang beriman. Untuk mak dan ayah mertua terimakasih kerana telah membesarkan papa FR... Kalian semua tak pernah daku lupakan dalam doa seharianku... Hihi... citer pasal mak abah ni airmata aku ni laju je macam longkang pecah. Macam biasa la cover, masuk ladies jap.. nangis puas2. Keluar, mata masuk habuk haha.

Monday, April 18, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum....
Aduyai... apa agaknya aktiviti untuk fr minggu ni. Macam biasa lah kalau tiada aktiviti, fr akan buat perangai kebosanan. Hehe minggu ni tak perlu susah-susah fikir sebab kunjungan hormat family ku tersayang. Kehadiran mak, kaklang, kakngah, mira, dd dan aman memang sangat2 menceriakan hari cutiku. Aktiviti macam ni memang menjadi kegemaran ku. Iaitu melepak dengan mereka sambil menonton atau main game... haha syok juga main game "TIPU" sambil tertawa melihat telatah si comel yang kadang2 jadi si comot tu. Sambil tu wah pecah perutku tonton rancangan favourite "MAHARAJA LAWAK". Fr pun tergelak2 tengok. Entah faham ke tidak. Mungkin fr kelakar tengok kami ketawa tak henti2. Pelawak favourite ku buat masa ni adalah 2, 3 orang. Yang paling suka ofcourse la Nabil, Jozan dan Sepah. Semua yang top ranking hehe... Yang paling favourite aku yang ni:



Ni adalah diantara yang aku suka.... Meriah hujung minggu aku.

Wednesday, April 13, 2011

Botol susu tanpa Bisphenol A (BPA)?

Assalamualaikum...
Harini nak cite sikit pasal bpa. Alahai macam pakar pulak aku ni. Hihi aku memang pakar pun... pakar tanya pakcik google. Lepas tu suka la pulak nak syer ngan kawan2 apa yang aku tau. Tak banyak pun ada lah sikit2 info yang boleh dikongsi. Apa tu Bisphenol A(BPA)? Entahlah..  nak sebut pun tergeliat lidah.
Kalau nak tau lebih lanjut tentang BPA boleh la KLIK KAT SINI.


Untuk fr aku dari awal kelahiran lagi aku dah elakkan botol susu yang ada BPA ni. Sebab masa fr dalam kandungan lagi aku dah survey segala macam benda berkenaan baby dari dalam perut sampailah keperluannya selepas dilahirkan. Macam yang aku cakap tadi aku kan pakar tanya "pakcik" hehe. Botol yang jadi favourite aku cuma brand baby kiko je. Aku cari yang tahan lama dan tanpa bpa. Bagi aku ok la botol tu boleh tahan sampai setahun. Harga pun tak lah mahal sangat cuma RM23.90. Aku tak suka botol kaca.. almaklumlah fr ni aktif dia semacam. Beli mahal2 tak sampai 2 jam pecah!!!

Monday, April 11, 2011

Makin Hari Makin Lucu

Assalamualaikum....
Telatah2 fr makin hari makin mencuti hati aku. Tak dapat terbayangkan andainya ditakdirkan berpisah walaupun sementara. Semoga Allah panjangkan umur aku, fr, papanya dan semua yang aku sayang. Doaku semoga aku dapat membesarkan fr dengan sepenuh kasihsayang, dengan agama yang cukup untuk bekalannya di hari mendatang. Semoga Allah perkenankan... Amin


Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum....
Main air sebenarnya merupakan salah satu aktiviti yang paling fr suka. Aku pun suka juga tapi bukan lah kat kolam kecil ni tapi kat waterfall... indahnya...









Sunday, April 3, 2011

Kenduri Aqiqah... meriahnya!!

Assalamualaikum..
Pejam celik, pejam celik fr dah berumur setahun pada 30/12/2010 lepas. Wah lajunya masa berlari...tercungap2 juga aku nak kejar. Apa2 pun syukur sangat-sangat setahun yang aku lalui dengan fr amat bermakna dan berjalan dengan baik. Sampailah masa nya untukku menunaikan hasrat ku yang seterusnya.. wah. hasrat terpendam. Bukannya tergesa2 cuma takut tak sempat  . Nak cari tarikh yang sesuai.. sesuai untuk semua family ku berkumpul, itu amat penting... Akhirnya yeay cuti raya china. Sehari sebelum majlis pertunangan abang, kami mengadakan kenduri Aqiqah beserta kenduri tahlil. Penatnya...... tapi berbaloi baloi.





Chef baek punya

Friday, April 1, 2011

Jom belajar

Assalamualaikum..
Pada awal2 kelahiran tak perlu belajar? Perlu bagi aku. Ini adalah kerana pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Kita tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. .

fr collection
Tapi aku selit kan juga dvd2 yang akan aku gunakan ketika aku nak buat kerja tanpa gangguan. Al maklumlah ketiadaan pembantu. Dvd pertama yang aku beli ketika fr berusia 3 bulan iaitu Baby Einstein. Kemudian ketika umur 6 bulan aku belikan dvd "belajar cepat membaca Al-Quran". Wah suka nya dia. Dan sehingga sekarang fr ada banyak koleksi dvd. Dan aku akan pastikan semua dvd tu adalah dvd pembelajaran. Aku tak galakkan fr menonton kartun yang tidak berfaedah. Apa yang aku lihat yang paling menjadi kegemarannya sekarang dvd "barney and friends" bertajuk "lets go to the farm". Haha sampai aku pun hampir hafal setiap bait2 perkataan dan lagunya. Banyak lagi koleksi tapi ada juga yang download di bittorent heehee. Rancangan tv yang jadi favorite dia adalah "Indahnya Iman" astro oasis. Hoho semoga fr menjadi anak yang mentaati perintah Allah. Dan insyaallah aku akan pastikan dia mendapat pelajaran yang terbaik dari segi agama dan akademik. Oleh itu aku kena kerja kuat nih. Sebab nak hantar anak ke sekolah yang baik perlukan modal yang agak banyak.. So, jom ler tengok  kat sini  aku jual apa. Sempat promote tu. Semoga dipermudahkan.. amin. Jom kita praktikkan doa ni setiap kali lepas solat:


Doa Nabi Ibrahim: As-Syafaat ayat 100: 




"Ya Allah Kurniakan lah aku anak yang terhitung dari golongan orang yang Soleh" 


Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat.. Doa ini sesuai untuk anak-anak yang sembahyangnya ikut mood, kadang-kadang sembahyang dan kadang-kadang tidak sembahyang, baik kita bacakan doa ini selalu. Surah Ibrahim (Ayat 40-41):


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."


Untuk anak yang degil dan selalu melawan cakap ibubapa amalkan Surah Taha (Ayat 1 - 5) supaya hatinya lembut agar dengar cakap anda. Lakukan semasa anak anda tidur lena, bacakan dan hembuskan ke hidungnya semasa tidur. InsyaAllah.


Untuk lebih info tentang doa pelembut hati sila la klik sini ya... 

JANGAN LUPA.. USAHA, DOA & TAWAKKAL MESTILAH SEIRING







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...