Tuesday, May 3, 2011

Pelajaran Pertama yang menentukan halatuju dunia akhirat

Assalamualaikum...
Pelajaran pertama yang paling penting bagi aku sebagai ibu demi menentukan halatuju  masa depan anak2 adalah SOLAT iaitu tiang ugama. Tanpa tiang yang kukuh agama akan runtuh. Ditambah pula dengan keadaan dunia yang semakin mencabar. Kita sebagai ibubapa diberi tanggungjawap oleh Allah untuk mendidik anak. So, aku mesti melakukan yang terbaik, insyaallah. Bukan mudah nak menerapkan sikap cintakan solat dalam hati anak-anak. Oleh itu aku akan cuba sedaya upaya agar solat merupakan priority yang paling utama dalam hidupnya kelak.

Cara aku yang pertama adalah setiap kali solat aku tak pernah tutup pintu. Tujuan aku adalah supaya FR dapat tengok bahawa solat itu penting dan kita harus melakukannya setiap hari. Pada mulanya FR kelihatan agak pelik dan cuma tengok sahaja apa yang aku buat. Lama kelamaan dia cuba usik2 kain telekong, aku biarkan aje. Ketika umurnya 1 tahun 4 bulan, setiap kali aku nak solat, dia akan solat dulu hihi... tapi dalam versi dia lah.. tak caya? tengok video kat bawah ni. aku cuma sempat rakam rakaat yang terakhir. Yang 2 rakaat sebelum  tu, aku dan suami bagai nak pecah perut dibuatnya. Pertama kali macam tak sangka.. hatiku berbunga riang sebab tak perlu ajar, rupa-rupanya tak sia-sia usahaku selama ni. Makin nampak hasilnya. Alhamdulillah....






Gelagat FR ketika pertama kali solat





2 comments:

  1. nak bina rumah kene ada tiang..
    takde tiang, takde rumah..
    nak jadi muslim kene ada solat..
    takde solat, takda islam.. ^^

    ReplyDelete
  2. salam ayie.. timakasih sudi singgah n mengomen.. nak bina rumah kene ada tiang..
    takde tiang, takde rumah..
    nak jadi muslim kene ada solat..
    takde solat, takda islam... ummifaris sokong 300%.. :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...