Thursday, March 31, 2011

Thalasemia

Assalamualaikum...
Nak citer sikit pasal thalasemia. aku ni bukannya pakar cuma masa kecik2 memang bercita-cita nak jadi doktor tapi tak kesampaian. Ketika fr 8 bulan, aku disahkan mengandung. Seronok bukan kepalang kerana fr ada teman bermain dalam usia-usia yang perlukan kawan sepermainan. Tapi manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ketika usia kandungan berusia 2 bulan, aku dapat melihat degupan jantungnya melalui scanning. Setelah kandungan berusia 3 bulan, pendarahan berlaku sedikit demi sedikit tetapi apabila scan, masih nampak degup jantung. selang seminggu doktor scan lagi.. hampir luluh jantungku apabila doc mengesahkan kandungan ku harus dicuci sebab tiada degupan jantung. Aku pasrah pada ketentuan Allah kerana yakin semuanya ada hikmah dan Allah nak beri aku yang lebih baik. Oleh itu tumpuan aku sepenuhnya pada anak bujang ku (dah sunat kira dh bujang la tu). Ketika dnc dilakukan terdapat komplikasi akibat daripada doktor tercucuk dan tertembus rahim. Alhamdulillah tidak melukakan usus. Aku sedih doktor pakar hospital tu cakap, ini adalah kejadian yang pertama selepas 3 tahun. dan doktor sudah melakukan mengikut procedure yang betul. Betullah tu kita hanya boleh merancang yang menentukan hanya Dia.

(wajah2 keriangan fr) 
Ketika mengandungkan fr doctor membuat ujian ke atas darah ku. Ini berikutan daripada keguguran yang selalu berlaku. Sebelum membuat dnc, doktor mengesahkan aku mengidap thalasemia treat. thalasemia jenis ni adalah pembawa sahaja. Doktor menyarankan agar suami dan anak juga membuat ujian darah. Bimbang sekiranya suami juga menghidap thalasemia treat, peratusan fr menghidap thalasemia major adalah sangat tinggi. Alhamdulillah screening yang dilakukan keatas darah suami adalah negatif. Cuma kesian anakku, ujian yang dilakukan menunjukkan fr berkemungkinan menghidap thalasemia treat. Ujian lanjutan sepatutnya dilakukan. Tak mengapalah tunggu dia besar sikit baru buat. Kesian tangan yang kecil tu di cucuk2 jarum untuk ambil darah.

Umur sebulan setengah dah khatan?

Assalamualaikum..
Kenapa? Tak percaya? Betul FR dikhatankan ketika berusia sebulan setengah. Kebetulan ketika fr berusia 2 minggu, aku telah menonton Al-Kulliyah bertajuk "kelahiran". Wah bagai pucuk dicita ulam mendatang. Dari bab azan ketika lahir sampai lah ke bab aqiqah dan khatan. Menurut ustaz yang menjadi tetamu undangan ketika itu, Nabi Muhammad SAW mengkhatankan cucunya ketika berusia 7 hari. Menurutnya banyak kebaikan sunat ketika bayi diantaranya bayi kurang rasa sakit dan cepat sembuh. Alhamdulillah luka fr mengambil masa cuma 3 - 4 hari sahaja sembuh sepenuhnya dan nak jaga juga senang.

Tanggal 16/2/2010 - fr disunatkan di Pusat Perubatan Annur di Bangi. Di temani papanya, sepupu, dan makcik-makciknya. Uwaaaaa..... fr menangis kesakitan, hampir meleleh juga airmataku tapi demi kebaikannya aku tabahkan hati. Alhamdulillah aku dapat menunaikan hasrat untuk mengkhatankan fr sebelum habis tempoh berpantang.

Tuesday, March 29, 2011

Mula melihat dunia

(gambar: gelagat FR masa 1st month)
Assalamualaikum....

30 Dis 2011 - bermulalah kehidupan ku sebagai seorang ibu.. hihi mula2 terasa kekok juga nak bahasa kan diriku mama.. hidup terasa lengkap walaupun tak sempurna (yg sempurna hanya Allah). Dan kini baru ku faham sepenuhnya pengorbanan dan kasihsayang seorang ibu. seperti kata pepatah.....

kasih ibu sampai ke syurga
kasih ayah berkorban nyawa

Aku menjalani tempoh berpantang selama sebulan di rumah kakak kesayangan ku di cheras. Alhamdulillah bantuan dari suami, mak, kakak2, dan semua kaum keluarga melicinkan proses berpantang. Terimakasih. . sayang kamooo semua. Alhamdulilah dan semoga kehadiran insan kecil ini memberi sinar kebahagiaan kepada kami sekeluarga.



Monday, March 28, 2011

Anak


 
Anak

Semasa engkau dilahirkan
Kabul sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi
Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara
Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya
Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli
Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Friday, March 25, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum....

Walaupun blog ni dh ujud sejak 2009... ini adalah entry pertama ku. Mungkin sebelum ni ketiadaan masa yang mencukupi untuk semua ini. Saja untuk mengabadikan kegembiraan, kesedihan dan suara hati.

FARIS RAHIMI (FR)... insan kecil yang hadir pinjaman dan hadiah dari Allah. Syukur tak terhingga.. rasa macam mimpi pun ada setelah penantian hampir 8 tahun. Walaupun penantian yang bagi aku agak lama juga, alhamdulillah aku dapat menikmati hidup yang aman dan bahagia di samping suami, keluarga dan sahabat handai. Resepi ku cuma 1 saja iaitu... usaha, doa dan tawakkal. Ku serahkan segala2 nya pada Yg Maha Berkuasa. Pasrah pada ketentuan Allah adalah ubat hatiku yang paling mujarab.... begitu pun aku tidak pernah putus asa dengan rahmat Nya. Kerana aku yakin yang teramat yakin apa yang Allah tentukan untuk ku adalah yang terbaik.

Tanggal 30 Disember 2009.... hari paling bersejarah buat ku dan suami.. Dalam pada menghadapi sedikit masalah seperti uri bawah, kencing manis dan darah kurang di saat mengandungkan FR, akhirnya anugerah ini selamat dilahirkan melalui pembedahan cessor. Aku sepakat menamakan anak ini dengan Faris Rahimi... yang bermaksud:
(gambar: fr berusia 0.5 hari.. hihi)
Faris bermaksud Penunggang Kuda - semoga kuat dan bersemangat seperti penunggang kuda di zaman Rasulullah
Faris bermaksud Yang Alim - semoga menjadi orang yang beriman
Faris bermaksud Ahli Falsafah - semoga menjadi bijak pandai
Rahimi bermaksud kesayanganku - semoga menjadi orang yang penyayang dan disayangi



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...