ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم
sedih.. kecewa.. hampa.. tapi dah ketentuan Yang Maha Kuasa, aku redha dan pasrah. Keguguran lagi. kali ni pada usia kandungan hampir 2 bulan. entah kenapa aku dah tak mampu lagi nak nangis. cuma airmata je yang sentiasa berlinang. mungkin kerana dah terlalu banyak kali aku tempuh keadaan ini. lagipun dengan menghidap thalasemia aku memang dah menjangkakan perkara ini. aku hanya mampu merancang tapi yang tentukan segala2nya adalah Allah. Aku yakin semua yang Allah tentukan adalah yang terbaik untuk ku. Sekiranya Fr adalah satu2 nya zuriat yang aku ada aku mohon agar Allah panjangkan umur ku, umur Fr, umur papa fr agar dapat kami melihat fr membesar dan semoga fr menjadi anak yang berjaya didunia dan juga di akhirat...
No comments:
Post a Comment