Thursday, October 3, 2013

Bahaya Gajet terhadap anak

Assalamualaikum!
Sekarang ni ramai ibubapa bagi anak2 gajet seperti ipad lah, galaxy tab lah, handphone la dan macam2 lagi. Tanpa kita sedar benda2 ni banyak negatifnya berbanding positif. Hehe termasuklah saya pun. Tapi sekarang ni saya limit kan aje, nak stop terus susah juga..so terpaksalah kurangkan. Banyak kajian yang telah dibuat mengenai perkara ini. Jom baca sat..

Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. 

Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. 

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya; 

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi. 

2. Perkembangan bahasa mereka lemah 

3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri. 

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian. 

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.


Wednesday, October 2, 2013

Genius Little Huffaz

Assalamualaikum
Lama sangat dah tak update. Bersawang dan hampir lupa pasword hehe. Alhamdulillah diberi keizinan untuk update lagi. FR dah besar dan hampir 4 tahun umur nya. Sekarang ni dah masuk preschool. Saya pilih untuk menghantar FR ke sekolah yang berunsurkan Tahfiz. Memang cita2 saya untuk menjadikannya anak yang menghafal Al-Quran satu hari nanti. Alhamdulillah banyak surah2 lazim telah di hafalnya. Sekarang FR bersekolah di Genius Little Huffaz. Merupakan preschool di bawah Akademi Darul Huffaz. Insya Allah kalau diberi keizinan darjah 1 nanti akan sambung ke Akademi pula. 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...