Showing posts with label ajar baby membaca. Show all posts
Showing posts with label ajar baby membaca. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

HADIAH DARI ALLAH!!!

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم
Alhamdulillah.... pejam celik besar dah anak aku. Dah bujang dah pun. Hehe bujang ke... dah sunat kira bujang lah tu. Walaupun umurnya baru nak masuk 2 tahun pada 30 Disember 2011 ni, aku rasa banyak yang dia dah belajar. Belajar merangkak, berjalan, berlari, bercakap, abc, 123, alifbata dan banyak lagi tak gitu?

Yang paling membanggakan aku ialah walaupun dia tak pandai membaca lagi seperti ada setengah kanak2 seusianya tapi dia dah pandai alifbata. Bukan sahaja hafal dari alif sampai ya, tapi dah kenal semua huruf. Maka sasaran aku buat masa ini telah tercapai. Satu dua tiga dan one two three pun dah hafal dan kenal. Begitu juga ABC, tak sia-sia vcd-vcd dan poster2 yang aku tampal di dinding. Kalau setakat tampal je tapi tak ajar tak bererti juga. Apa yang buat aku terharu sangat ialah fr yang tarik jari telunjuk aku minta di ajar. Dulu rumah dah macam taska, sekarang ni dah macam tadika la pulak. Warna-warna dalam bahasa inggeris pun dia dah kenal.. sorry bukan aku taknak ajar dalam bahasa malaysia tapi bagi aku, bahasa malaysia dia akan selalu dengar sebab percakapan aku seharian adalah bahasa malaysia. Bukan setakat warna tapi bentuk seperti box, triangle, dan segala jenis bentuk pun dia kenal. Yang ini aku tak sempat ajar tapi babytv yang ajar hehe. Aku rasa tak salah kalau kita pergunakan teknologi moden yang ada ni sebaik mungkin kan?

Diantara vcd favourite


Baru beberapa hari aku beli vcd animasi belajar solat. Mudah-mudahan semua bacaan dalam solat dapat dihafalnya sebaik sahaja dia pandai bertutur dengan betul. Insyaallah. Hanya satu impian aku agar fr menjadi anak yang berguna bukan saja di dunia malah di akhirat juga. Terimakasih Ya Allah kerana menghadiahkan aku insan kecil ini dan insyaallah akan aku didiknya sebaik yang mungkin sebagai tanda terimakasih ku. Dan kurniakan lah aku dengan kesabaran dan keimanan yang teguh dalam mengharungi proses ini. Amin.

Wednesday, July 20, 2011

NAK AJAR BABY FARIS MEMBACA

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ
السلام عليکم
 
Ha. Harini aku beli ebook rahsia baby pandai membaca. Baru nak mulakan petang ni. Hopefully berjaya mengajar fr membaca sebelum umurnya mencecah 2 tahun. Alhamdulillah, huruf2 Al-quran dah banyak yang dia tahu. Tak sia-sia aku jadi cikgu tak rasminya selain bantuan dari dvd, dan bahan2 untuk tampal kat dinding. Dinding rumah pun dah jadi buku tulis nya. Hahaha.. tak pelah janji dia berminat dengan pen/pensil. Tapi yang menjadi kesukaan adalah pensil warna. Hahahihihoho.... dinding rumah ku dah jadi warna pelangi... tak pe, aku suka.


Untuk pengetahuan, kajian menunjukkan bahawa masa yang paling sesuai untuk mengajar apa sahaja kepada kanak-kanak ialah semasa kanak-kanak berusia bawah 3 tahun. Ini selari dengan perkembangan kematangan otak kanak-kanak yang dikaitkan dengan perkembangan pembelajaran mereka. Oleh itu aku kena cepat agar fr tidak ketinggalan. kalau tak pandai baca pada umur 2 tahun, dapat mengenal huruf  alifbata, abc dan 123 sudah memadai bagi aku sebagai permulaan. Tapi wawasan kena jauh ke depan. Moga-moga cita-cita ku tercapai. 

Jom kita tengok tahap perkembangan otak kanak-kanak:-

25% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu lahir
50% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu usia 6 bulan
85% perkembangan kematangan -----> berlaku sewaktu usia 3 tahun
 
Oleh sebab otak kanak-kanak berkembang pesat sewaktu usia 3 tahun ke bawah, sewajarnyalah kanak-kanak ini diberi pendedahan seawal mungkin kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu.

Sepanjang proses pembelajaran ini, apa sahaja yang diterima akanmenjadi pembelajaran dan pengalaman yang kekal kepada kanak-kanak. Sebab itulah mereka mampu menguasai kemahiran membaca ini sekiranya diajar dalam tempoh itu dengan kaedah-kaedah yang sesuai dan efektif.
 
Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa itu, ini akan memberi kesan terbaik untuk menjana kepintaran mereka. Jadi kita sebagai Ibu bapa perlulah mengambil peluang keemasan ini untuk melihat hasil yang optimum bagi anak masing-masing. Yang penting kita tidak mudah berputus asa dan jangan malas nak ajar. Berjaya atau tidak, berdoa dan tawakkal pada Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...