Sunday, May 29, 2011

Kenapa Tandas Dalam Bilik?

Assalamualaikum....

Harini aku nak kongsi sikit coretan daripada salah seorang kawan lama... yang boleh dijadikan pengajaran..

"Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur).

Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.

Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik ?. Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.

Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil, cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama. Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air.

Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.

Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah. 'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! –

Moral of the story…. SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA… (dalam erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda)……Itu adalah yang terbaik… WALLAHUALAM.


Friday, May 27, 2011

Lagu Hambamu - OST Imam Muda

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ

Assalamualaikum.... 

Yeay!!! Harini jumaat.. seronok. Almaklumlah harini adalah merupakan penghulu hari, banyak perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan untuk menambah bekalan.  Salah satu nya:-

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

"Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."
Kalau nak tahu perkara-perkara sunat yang lain KLIK KT SINI!!!


Selain tu hari jumaat kan hari last keje.. nak jumpa hari sabtu dan ahad.... iaitu hari untuk menghabiskan masa dengan FR. Ada lagi satu sebab lupa la pulak... menghiburkan diri dengan menonton Maharaja Lawak dengan FR. Agak-agaknya sapa ya yang paling best malam ni... tungguuuuuuu


Sebelum tu jom kita layan lagu ni....... hayati betul-betul lirik dia....memang terbaik!!!!!!! Layannnnnn!!!




Chao... nak layan MAHARAJA LAWAK...

Thursday, May 26, 2011

Doa mendapat kan zuriat

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ

Assalamualaikum....
Jom kita tengok ni kejap... jangan tengok je kalau boleh praktikkan sekali.. insyaallah pasti berjaya.. usaha kan tangga kejayaan.. dan jangan lupa perkara yang paling penting iaitu:-
USAHA, DOA & TAWAKKAL... INSYAALLAH



Thursday, May 19, 2011

Motivasi Pagi

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ


Power Mind - Bina Kekuatan Minda Diri. Tonton video minda ini setiap pagi dan malam sebelum tidur untuk reprogram semula minda anda. Video Minda ini elok di tonton jika anda sedang stress atau sedang risau.






 
Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Wednesday, May 18, 2011

~~Thankyou Allah~~

ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ

My Status has been raised;
My efforts have been praised;
Not in an ordinary way or at some place small,
But in the greatest book of all.
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'cause I am a mother now.

Mother-baby bondage is the strongest for sure;
My rights when compared are three times more;
Though sacrifices are ahead that I have to endure,
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'cause I am a mother now.

The baby needs my love and attention most,
Even if I don't have a career to boast.
Staying at home for my child's sake is worth it I vow.
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'cause I am a mother now.

Even if my child has few toys to play,
Having his mom as a playmate will make him gay.
With my guidance and care he'll not go astray.
I'm sure proud that I am here at home to stay.
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'cause I am a mother now.

Islam balances the roles for both husband and wife;
Both offer their duties and smooth stays the carraige of life.
My husband provides for the money that's true,
And relieves me of the burden to find work to do
So that all my zest and energy are for our child too.
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'cause I am a mother now.

Research too states that mother is the best
Than leaving the baby at a day care nest.
Teaching right from wrong is the parents' full time job.
A child's personaltiy is made once, thus impossible to rob.
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'cause I am a mother now.



source:http://www.islamicpoem.com/

Wednesday, May 11, 2011

Susu Terakhir Buat Si Kecil

Assalamualaikum......

Harini nak syer satu kisah benar yang telah membuatkan air jernih mengalir pepagi hari ni..... Bagi yang hatinya mempunyai hati keibuan pasti akan tersentuh. Jom baca sat yang aku cedok dari page sorang sahabat di FB.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.  

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.  

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.  Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.  

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...  

Sebak yg amat sangat di dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

Tuesday, May 3, 2011

Pelajaran Pertama yang menentukan halatuju dunia akhirat

Assalamualaikum...
Pelajaran pertama yang paling penting bagi aku sebagai ibu demi menentukan halatuju  masa depan anak2 adalah SOLAT iaitu tiang ugama. Tanpa tiang yang kukuh agama akan runtuh. Ditambah pula dengan keadaan dunia yang semakin mencabar. Kita sebagai ibubapa diberi tanggungjawap oleh Allah untuk mendidik anak. So, aku mesti melakukan yang terbaik, insyaallah. Bukan mudah nak menerapkan sikap cintakan solat dalam hati anak-anak. Oleh itu aku akan cuba sedaya upaya agar solat merupakan priority yang paling utama dalam hidupnya kelak.

Cara aku yang pertama adalah setiap kali solat aku tak pernah tutup pintu. Tujuan aku adalah supaya FR dapat tengok bahawa solat itu penting dan kita harus melakukannya setiap hari. Pada mulanya FR kelihatan agak pelik dan cuma tengok sahaja apa yang aku buat. Lama kelamaan dia cuba usik2 kain telekong, aku biarkan aje. Ketika umurnya 1 tahun 4 bulan, setiap kali aku nak solat, dia akan solat dulu hihi... tapi dalam versi dia lah.. tak caya? tengok video kat bawah ni. aku cuma sempat rakam rakaat yang terakhir. Yang 2 rakaat sebelum  tu, aku dan suami bagai nak pecah perut dibuatnya. Pertama kali macam tak sangka.. hatiku berbunga riang sebab tak perlu ajar, rupa-rupanya tak sia-sia usahaku selama ni. Makin nampak hasilnya. Alhamdulillah....






Gelagat FR ketika pertama kali solat





Wednesday, April 20, 2011

Jangan jadi anak derhaka

Assalamualaikum...
Harini terasa nak citer perkara yang agak serius sikit. Semenjak jadi ibu ni, aku amat tersentuh bila tengok anak-anak yang tak hormat langsung pada ibubapa. Bukan saja tersentuh malahan marah, emosi, nak nangis, semua perasaan bercampur baur.  
Sejuta harapanku agar FR tidak jadi seperti tu. Saja nak kongsi kat sini supaya aku lebih insaf  dan andai ada yang mempunyai ciri2 anak derhaka agar dapat sujud memohon kemaafan daripada ibubapa. Kerana REDHA ALLAH BERGANTUNG KEPADA REDHA IBUBAPA.

Kepada anak yang masih mempunyai ibu dan bapa jangan berlengah lagi pohon lah kemaafan sebelum terlambat. Jangan tunggu raya je. Kepada anak yang telah derhaka kepada ibu atau bapa dan tidak sempat memohon keampunan dari mereka. Setelah insaf dan bertaubat, masih ada peluang untuk memohon keampunan dari mereka. Kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Walau apa pun, hanya Allah yang berkuasa dan syurga neraka ditangan NYA. Pintu taubat senantiasa terbuka luas. Apa yang anda patut dilakukan adalah: 

  • Banyak sedekah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas kepada arwah. 
  • Selalu membaca Al-Quran dan menghadiahkan kepada arwah. 
  • Sedekah amal jariah atas nama arwah.
  • Jika arwah tak sempat tunai haji. Buat haji untuk arwah.
  • Selalu buat tahlil untuk arwah.
  • Banyak bertaubat dan banyak berzikir kepada Allah SWT memohon keampunan.
Setelah anda lakukan semua perkara tersebut, insyaAllah roh mereka akan mendapat ketenangan. Apa-apa musibah yang anda terima, hadapilah dengan hati yang redha. Kerana balasan untuk anak derhaka di dunia, Allah SWT tunaikan sebelum mati. Jika anda tidak berputus asa, insyaAllah akan mendapat keampunanNya dan rahmatNya. Hanya Allah swt yang menentukan baik atau buruk nasib anda diakhirat nanti bergantung atas amal jariah dan keikhlasan anda denganNya.

Untuk mak, terimakasih kerana telah membesarkan dan mendidik , ampun kan dosa anak mu ini... sayang mak sangat2 dan untuk arwah Abah.. semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Abah dan ditempatkan dikalangan umat2 yang beriman. Untuk mak dan ayah mertua terimakasih kerana telah membesarkan papa FR... Kalian semua tak pernah daku lupakan dalam doa seharianku... Hihi... citer pasal mak abah ni airmata aku ni laju je macam longkang pecah. Macam biasa la cover, masuk ladies jap.. nangis puas2. Keluar, mata masuk habuk haha.

Monday, April 18, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum....
Aduyai... apa agaknya aktiviti untuk fr minggu ni. Macam biasa lah kalau tiada aktiviti, fr akan buat perangai kebosanan. Hehe minggu ni tak perlu susah-susah fikir sebab kunjungan hormat family ku tersayang. Kehadiran mak, kaklang, kakngah, mira, dd dan aman memang sangat2 menceriakan hari cutiku. Aktiviti macam ni memang menjadi kegemaran ku. Iaitu melepak dengan mereka sambil menonton atau main game... haha syok juga main game "TIPU" sambil tertawa melihat telatah si comel yang kadang2 jadi si comot tu. Sambil tu wah pecah perutku tonton rancangan favourite "MAHARAJA LAWAK". Fr pun tergelak2 tengok. Entah faham ke tidak. Mungkin fr kelakar tengok kami ketawa tak henti2. Pelawak favourite ku buat masa ni adalah 2, 3 orang. Yang paling suka ofcourse la Nabil, Jozan dan Sepah. Semua yang top ranking hehe... Yang paling favourite aku yang ni:



Ni adalah diantara yang aku suka.... Meriah hujung minggu aku.

Wednesday, April 13, 2011

Botol susu tanpa Bisphenol A (BPA)?

Assalamualaikum...
Harini nak cite sikit pasal bpa. Alahai macam pakar pulak aku ni. Hihi aku memang pakar pun... pakar tanya pakcik google. Lepas tu suka la pulak nak syer ngan kawan2 apa yang aku tau. Tak banyak pun ada lah sikit2 info yang boleh dikongsi. Apa tu Bisphenol A(BPA)? Entahlah..  nak sebut pun tergeliat lidah.
Kalau nak tau lebih lanjut tentang BPA boleh la KLIK KAT SINI.


Untuk fr aku dari awal kelahiran lagi aku dah elakkan botol susu yang ada BPA ni. Sebab masa fr dalam kandungan lagi aku dah survey segala macam benda berkenaan baby dari dalam perut sampailah keperluannya selepas dilahirkan. Macam yang aku cakap tadi aku kan pakar tanya "pakcik" hehe. Botol yang jadi favourite aku cuma brand baby kiko je. Aku cari yang tahan lama dan tanpa bpa. Bagi aku ok la botol tu boleh tahan sampai setahun. Harga pun tak lah mahal sangat cuma RM23.90. Aku tak suka botol kaca.. almaklumlah fr ni aktif dia semacam. Beli mahal2 tak sampai 2 jam pecah!!!

Monday, April 11, 2011

Makin Hari Makin Lucu

Assalamualaikum....
Telatah2 fr makin hari makin mencuti hati aku. Tak dapat terbayangkan andainya ditakdirkan berpisah walaupun sementara. Semoga Allah panjangkan umur aku, fr, papanya dan semua yang aku sayang. Doaku semoga aku dapat membesarkan fr dengan sepenuh kasihsayang, dengan agama yang cukup untuk bekalannya di hari mendatang. Semoga Allah perkenankan... Amin


Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum....
Main air sebenarnya merupakan salah satu aktiviti yang paling fr suka. Aku pun suka juga tapi bukan lah kat kolam kecil ni tapi kat waterfall... indahnya...









Sunday, April 3, 2011

Kenduri Aqiqah... meriahnya!!

Assalamualaikum..
Pejam celik, pejam celik fr dah berumur setahun pada 30/12/2010 lepas. Wah lajunya masa berlari...tercungap2 juga aku nak kejar. Apa2 pun syukur sangat-sangat setahun yang aku lalui dengan fr amat bermakna dan berjalan dengan baik. Sampailah masa nya untukku menunaikan hasrat ku yang seterusnya.. wah. hasrat terpendam. Bukannya tergesa2 cuma takut tak sempat  . Nak cari tarikh yang sesuai.. sesuai untuk semua family ku berkumpul, itu amat penting... Akhirnya yeay cuti raya china. Sehari sebelum majlis pertunangan abang, kami mengadakan kenduri Aqiqah beserta kenduri tahlil. Penatnya...... tapi berbaloi baloi.





Chef baek punya

Friday, April 1, 2011

Jom belajar

Assalamualaikum..
Pada awal2 kelahiran tak perlu belajar? Perlu bagi aku. Ini adalah kerana pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Kita tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. .

fr collection
Tapi aku selit kan juga dvd2 yang akan aku gunakan ketika aku nak buat kerja tanpa gangguan. Al maklumlah ketiadaan pembantu. Dvd pertama yang aku beli ketika fr berusia 3 bulan iaitu Baby Einstein. Kemudian ketika umur 6 bulan aku belikan dvd "belajar cepat membaca Al-Quran". Wah suka nya dia. Dan sehingga sekarang fr ada banyak koleksi dvd. Dan aku akan pastikan semua dvd tu adalah dvd pembelajaran. Aku tak galakkan fr menonton kartun yang tidak berfaedah. Apa yang aku lihat yang paling menjadi kegemarannya sekarang dvd "barney and friends" bertajuk "lets go to the farm". Haha sampai aku pun hampir hafal setiap bait2 perkataan dan lagunya. Banyak lagi koleksi tapi ada juga yang download di bittorent heehee. Rancangan tv yang jadi favorite dia adalah "Indahnya Iman" astro oasis. Hoho semoga fr menjadi anak yang mentaati perintah Allah. Dan insyaallah aku akan pastikan dia mendapat pelajaran yang terbaik dari segi agama dan akademik. Oleh itu aku kena kerja kuat nih. Sebab nak hantar anak ke sekolah yang baik perlukan modal yang agak banyak.. So, jom ler tengok  kat sini  aku jual apa. Sempat promote tu. Semoga dipermudahkan.. amin. Jom kita praktikkan doa ni setiap kali lepas solat:


Doa Nabi Ibrahim: As-Syafaat ayat 100: 




"Ya Allah Kurniakan lah aku anak yang terhitung dari golongan orang yang Soleh" 


Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat.. Doa ini sesuai untuk anak-anak yang sembahyangnya ikut mood, kadang-kadang sembahyang dan kadang-kadang tidak sembahyang, baik kita bacakan doa ini selalu. Surah Ibrahim (Ayat 40-41):


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."


Untuk anak yang degil dan selalu melawan cakap ibubapa amalkan Surah Taha (Ayat 1 - 5) supaya hatinya lembut agar dengar cakap anda. Lakukan semasa anak anda tidur lena, bacakan dan hembuskan ke hidungnya semasa tidur. InsyaAllah.


Untuk lebih info tentang doa pelembut hati sila la klik sini ya... 

JANGAN LUPA.. USAHA, DOA & TAWAKKAL MESTILAH SEIRING







Thursday, March 31, 2011

Thalasemia

Assalamualaikum...
Nak citer sikit pasal thalasemia. aku ni bukannya pakar cuma masa kecik2 memang bercita-cita nak jadi doktor tapi tak kesampaian. Ketika fr 8 bulan, aku disahkan mengandung. Seronok bukan kepalang kerana fr ada teman bermain dalam usia-usia yang perlukan kawan sepermainan. Tapi manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ketika usia kandungan berusia 2 bulan, aku dapat melihat degupan jantungnya melalui scanning. Setelah kandungan berusia 3 bulan, pendarahan berlaku sedikit demi sedikit tetapi apabila scan, masih nampak degup jantung. selang seminggu doktor scan lagi.. hampir luluh jantungku apabila doc mengesahkan kandungan ku harus dicuci sebab tiada degupan jantung. Aku pasrah pada ketentuan Allah kerana yakin semuanya ada hikmah dan Allah nak beri aku yang lebih baik. Oleh itu tumpuan aku sepenuhnya pada anak bujang ku (dah sunat kira dh bujang la tu). Ketika dnc dilakukan terdapat komplikasi akibat daripada doktor tercucuk dan tertembus rahim. Alhamdulillah tidak melukakan usus. Aku sedih doktor pakar hospital tu cakap, ini adalah kejadian yang pertama selepas 3 tahun. dan doktor sudah melakukan mengikut procedure yang betul. Betullah tu kita hanya boleh merancang yang menentukan hanya Dia.

(wajah2 keriangan fr) 
Ketika mengandungkan fr doctor membuat ujian ke atas darah ku. Ini berikutan daripada keguguran yang selalu berlaku. Sebelum membuat dnc, doktor mengesahkan aku mengidap thalasemia treat. thalasemia jenis ni adalah pembawa sahaja. Doktor menyarankan agar suami dan anak juga membuat ujian darah. Bimbang sekiranya suami juga menghidap thalasemia treat, peratusan fr menghidap thalasemia major adalah sangat tinggi. Alhamdulillah screening yang dilakukan keatas darah suami adalah negatif. Cuma kesian anakku, ujian yang dilakukan menunjukkan fr berkemungkinan menghidap thalasemia treat. Ujian lanjutan sepatutnya dilakukan. Tak mengapalah tunggu dia besar sikit baru buat. Kesian tangan yang kecil tu di cucuk2 jarum untuk ambil darah.

Umur sebulan setengah dah khatan?

Assalamualaikum..
Kenapa? Tak percaya? Betul FR dikhatankan ketika berusia sebulan setengah. Kebetulan ketika fr berusia 2 minggu, aku telah menonton Al-Kulliyah bertajuk "kelahiran". Wah bagai pucuk dicita ulam mendatang. Dari bab azan ketika lahir sampai lah ke bab aqiqah dan khatan. Menurut ustaz yang menjadi tetamu undangan ketika itu, Nabi Muhammad SAW mengkhatankan cucunya ketika berusia 7 hari. Menurutnya banyak kebaikan sunat ketika bayi diantaranya bayi kurang rasa sakit dan cepat sembuh. Alhamdulillah luka fr mengambil masa cuma 3 - 4 hari sahaja sembuh sepenuhnya dan nak jaga juga senang.

Tanggal 16/2/2010 - fr disunatkan di Pusat Perubatan Annur di Bangi. Di temani papanya, sepupu, dan makcik-makciknya. Uwaaaaa..... fr menangis kesakitan, hampir meleleh juga airmataku tapi demi kebaikannya aku tabahkan hati. Alhamdulillah aku dapat menunaikan hasrat untuk mengkhatankan fr sebelum habis tempoh berpantang.

Tuesday, March 29, 2011

Mula melihat dunia

(gambar: gelagat FR masa 1st month)
Assalamualaikum....

30 Dis 2011 - bermulalah kehidupan ku sebagai seorang ibu.. hihi mula2 terasa kekok juga nak bahasa kan diriku mama.. hidup terasa lengkap walaupun tak sempurna (yg sempurna hanya Allah). Dan kini baru ku faham sepenuhnya pengorbanan dan kasihsayang seorang ibu. seperti kata pepatah.....

kasih ibu sampai ke syurga
kasih ayah berkorban nyawa

Aku menjalani tempoh berpantang selama sebulan di rumah kakak kesayangan ku di cheras. Alhamdulillah bantuan dari suami, mak, kakak2, dan semua kaum keluarga melicinkan proses berpantang. Terimakasih. . sayang kamooo semua. Alhamdulilah dan semoga kehadiran insan kecil ini memberi sinar kebahagiaan kepada kami sekeluarga.



Monday, March 28, 2011

Anak


 
Anak

Semasa engkau dilahirkan
Kabul sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi
Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara
Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya
Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli
Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Friday, March 25, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum....

Walaupun blog ni dh ujud sejak 2009... ini adalah entry pertama ku. Mungkin sebelum ni ketiadaan masa yang mencukupi untuk semua ini. Saja untuk mengabadikan kegembiraan, kesedihan dan suara hati.

FARIS RAHIMI (FR)... insan kecil yang hadir pinjaman dan hadiah dari Allah. Syukur tak terhingga.. rasa macam mimpi pun ada setelah penantian hampir 8 tahun. Walaupun penantian yang bagi aku agak lama juga, alhamdulillah aku dapat menikmati hidup yang aman dan bahagia di samping suami, keluarga dan sahabat handai. Resepi ku cuma 1 saja iaitu... usaha, doa dan tawakkal. Ku serahkan segala2 nya pada Yg Maha Berkuasa. Pasrah pada ketentuan Allah adalah ubat hatiku yang paling mujarab.... begitu pun aku tidak pernah putus asa dengan rahmat Nya. Kerana aku yakin yang teramat yakin apa yang Allah tentukan untuk ku adalah yang terbaik.

Tanggal 30 Disember 2009.... hari paling bersejarah buat ku dan suami.. Dalam pada menghadapi sedikit masalah seperti uri bawah, kencing manis dan darah kurang di saat mengandungkan FR, akhirnya anugerah ini selamat dilahirkan melalui pembedahan cessor. Aku sepakat menamakan anak ini dengan Faris Rahimi... yang bermaksud:
(gambar: fr berusia 0.5 hari.. hihi)
Faris bermaksud Penunggang Kuda - semoga kuat dan bersemangat seperti penunggang kuda di zaman Rasulullah
Faris bermaksud Yang Alim - semoga menjadi orang yang beriman
Faris bermaksud Ahli Falsafah - semoga menjadi bijak pandai
Rahimi bermaksud kesayanganku - semoga menjadi orang yang penyayang dan disayangi



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...